Wednesday, February 14, 2007

'ini' bukan kita punya...

assalamualaikum....dan salam sejahtera.....

saya dah beberapa kali nak masuk sini dan posting tapi tak menyempat-nyempat dan akhirnya hari ni berjaya gak. bukan sibuk tapi terkejar-kejar di samping turun naiknya kualiti internet ni....kekadang line bagus kekadang hancus.

beberapa hari kebelakangan ni....kalau you all naik keta dan on radio...pasti kekadang tu ada deejay bahkan pendengar yang mengucapkan selamat hari valentine kan? in fact kekadang lebih dari 10 kali ucapan tu keluar dalam masa tak sampai 15 minit - tak kirale samada dari pendengar yang menalipon, yang hantar sms (dan di baca oleh deejay) atau yang terpacul dari mulut deejay tu sendiri. apa yang sedihnya.....ucapan hari valentine ni terkeudara dalam radio yang dikendalikan oleh orang islam, deejaynya islam, khalayak pendengarnya islam dan dipunyai oleh orang islam. ini le yang sedihnya.

bagi mereka-mereka ni janganle bertindan-tindan mem'bangang'kan diri. bila anda sebagai muslim tak 'berupaya' nak buat apa yang sepatutnya seorang muslim buat....fine! tapi bila buat dah tak nak.... promote sikit-sikit agama sendiri pun tak nak (kekadang tu ada yang 'terkucil' mengondem kecil-kecilan pulak agama sendiri)...ditambah dengan promote agama orang lain....ini apakehelnya!! dalam bab hari valentine ni la....ini bukannya kehendak agama kita, bukan adat-resam budaya kita pun dan kalau kita (yang muslim ni) tak promote pun....tak jadi apa pada negara kita. kita tak promote pun....ada orang lain, deejay-deejay non-muslim dan rangkaian-rangkaian lain yang boleh promote. tak payah kita sibuk-sibuk. ini bukan identiti kita pun. sebaliknya kalau kita promote pulak......hahh!! tunggule 'saham' panas di tempat yang satu lagi tu.

lagi satule, kalau nak difikir logik le (zaman sekarang ramai orang pakai logik nih!)....tak pernah rasanya kita dengar orang non-muslim pulak yang sambut hari assyura ke.....hari awal muharam ke, hari maulidurrasul ke....dan sebagainya. kalau diaorang tak sibuk dengan kita apahal pulak kita nak sibuk-sibuk dengan diaorang?

lagi sekali, walau sesyok manapun perayaan orang agama lain.....biarle mereka saja yang menyambutnya. tak payahle kita sibuk-sibuk. kita kalau rasa ter'miang' sangat nak rasa hari kekasih tu sambut je la dengan suami/isteri kita...tak payah tunggu 14 Februari pun....17 March ke, 21 Januari ke, 26 Julai ke....ikut suka je....peduli apa. kita sibuk kekasih-kekasih terutama yang belum kahwin.....bukan main lagi.....tapi kasih PENCIPTA tak teringin ke kita cari? tidakkah itu adalah yang paling ultimate?....wallahualam

0 comments: