Thursday, February 08, 2007

mari bermain dengan STRESS

assalamualaikum....

antara 'physically stress' dan 'mentally stress' yg mana satu lebih parah? jawab...1 minit dr sekarang. sebenarnya apa pun jawapannya betul...ada orang stress fizikal adalah lebih memudaratkan padanya berbanding stress fikiran. dan ada orang berlaku sebaliknya. jadi apa-apa jawapan pun boleh.....tapi jawapan yang sangat jarang diketemui adalah dua-dua stress langsung tidak memudaratkan. jarang-jarang tapi jawapan ini masih ada....mereka ini pada saya adalah 'HEROES'. we should learn from them

bagi saya? stress fikiran adalah lebih memudaratkan kerana boleh mempengaruhi cara kita berfikir, bekerja, menjalani urusan hidup...tingkatan produktiviti, dan boleh menjadikan kita mandom dan berputus-asa dengan hidup! contoh senang yang kita boleh perhatikan ialah bagaimana stress fikiran mengganggu prestasi ahli-ahli sukan. ahli sukan yang sempurna fizikalnya kekadang tetap tak boleh bertanding dengan baik. dan kita lihat pulak sukan paralympics!...kan diorang tu semua atlit-atlit yang cacat...yang tak sempurna fizikalnya. tapi kalau suruh melompat dengan kita....kita semput dulu brotherrr....

stress fizikal seperti terseliuh, muscles pain, tonsil naik di tekak, cramps, buang air -sembelit, batuk, demam dan sebagainya....semua ini kalau kita pi klinik, berdoa dan memohon padaNya...insyaAllah semuanya setel. sebab bebenda ini hampir kesemuanya kita nampak. tapi kalau stress fikiran....ini adalah benda yang kita tak nampak....stress fikiran bukan stress otak tau. at least otak boleh buat MIR scan. tapi kalau fikiran camna nak buat?

sebenarnya stress fikiran pun adalah satu jenis penyakit dan nabi pun dah cakap setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati. jadi!??...stress fikiran pasti boleh diubati...cuma cara ubat stress fikiran takle sama dengan cara ubat stress fizikal. stress fizikal...kekadang tu urut, sapu minyak panas...makan paracetamol 2-3 biji...dah lega. tapi stress fikiran tak boleh guna cara tu...nak tau cara nak ubat stress fikiran?....TUNGGUUUUU....artikel saya seterusnya....wallahualam.

0 comments: