Thursday, March 01, 2007

small domestic affairs

assalamualaikum….

“yanggg…..tengok adik” separuh terpekik isteriku memanggil ku supaya periksa apa benda yang dah puteri bongsu ku lakukan. “dia kat sinki tu” lagi sekali serunya padaku. aku pun bergegas ke dapur . dari jauh aku nampak belakang puteri kecil ku yang baru 16 Februari lepas genap usianya 4 tahun tu. sambil terjingkit-jingkit atas kerusi plastic kecilnya aku perhati macam dia tengah sibuk membasuh sesuatu di sinki. aku pun ‘jumping to conclussion’ le…alaaa….dia tengah basuh pinggan dia tu, selalu pun macam tu gak….gitule fikirku. “takde apa la….dia tengah basuh pinggan dia tu”….kali ni aku pulak yang separuh terlolong menjawap seru isteri ku tadi. “ hisss….cubale sayang tengok betul-betul…” desis isteriku dan kali ni dia macam separuh berbisik pulak, mungkin sebab kami dalam bilik yang sama dalam jarak yang dekat.

“dah tengok….takde apa-apa pun” jawabku. “dia tengah rajin nak tolong mak dia…biarla” sambungku lagi. “mari sini jom kita sama-sama tengok apa yang dia tengah buat sebenarnya” isteri menarik tanganku dan kami seiringan ke sinki di dapur. sampai je ke sinki aku pun jengokle ke dalam sinki dengan adik masih leka membasuh. masyaAllah….. bukan pinggan yang dia basuh tapi ayam mentah yang isteriku keluarkan dari fridge yang sedang di basuhnya. asyik betul dia menyental ketulan-ketulan ayam tu dengan axion. “dik….apa adik buat nih?” tinggi sikit nada suaraku. demi mendengar suaraku yang seakan-akan marah tu adik pun berhenti dan terus berlari ke ruang tamu. “menyorokle tuh” bisik hatiku. “hah…kan dah kata…dia ada projek eksklusif le yang” terang isteriku. aku pun cuma mengangguk tapi heran pulak selain nadaku yang sedikit tinggi takde pulak rasa marah atau geram atau yang seumpamanya pada puteri bongsu ku ni.

“alaa….relaksla dia tak tahu macamana nak basuh ayam tu” ujarku pada isteri. “nasib baik dia tak pakai Clorox ke….kalau tak lagi haru” sambungku lagi. “tapi kejap lagi makan nasi lauk ayam rasa sabun janganle marah Nin pulak…”balas isteriku pulak. aku mengangguk sambil berlalu. “rendamle lama sikit dalam air tu….hilangle bau dan rasa sabun tu”….sambil berjalan aku cakap pada isteri. senyum isteriku bila mendengarnya.

apapun dulu lagi aku dah katakan pada isteriku yang puteri bongsuku ni memang ada lebih sikit kreatifnya dari si abang. atau mungkin dia ni memang hyper-creative…tak le pulak aku tahu. padaku walau kes ni kecil….”domestic affairs” le katakan, tapi tidak bagiku kerana aku langsung takde rasa marah, isteriku pun heran yang aku langsung tak marah anakku tu atau sambung ‘lecture’ walaupun dia tahu aku dari jenis yang jarang manjakan anak (walaupun sayang diaorang ni).

bagi anakku pula mungkin dia tahu perbuatan dia tu memang salah walaupun niatnya baik…sebab tu le dia lari menyorok dan mungkin dia akan ingat peristiwa ini untuk dijadikan ingatan….kalau ye….alhamdulillah kalau tak takpe la sebab usianya pun baru 4 tahun. aku pula….insyaAllah aku akan ingat peristiwa ni sebagai ‘signal’ dariNya. sebab segala yang berlaku tidaklah berlaku sebegitu sahaja, pasti ada iktibar dariNya. ingatanku terhadap peristiwa ni pasti akan bertambah kuat lebih-lebih lagi bila teringat makan nasi lauk ayam goreng berbau axion malam tu……wallahualam.

0 comments: