Saturday, July 21, 2007

al-fatihah buat pejuang-pejuang

assalamualakum...

rasanya masih belum terlambat - Al-fatihah untuk 6 orang pejuang-pejuang negara yg pergi meninggalkan kita baru ini; captain nor azlan, nor intan asykeen, sarjan khusnizam, sarjan mohd azmie, sarjan saifulizam dan sarjan ahmad ridzuan. semoga roh mereka bersama roh para salihin dan muqarrabin. kepada mereka yang ditinggalkan – takziah, walau segetir dan sepahit mana yang di rasa tidaklah Allah jadikan sesuatu sia-sia. Dia jugalah yang mengetahui segala-galanya. jasad mereka mungkin tidak lagi bersama kita tapi ingatan dan kenangan tentang mereka akan terus bersama kita.

sedih, sememangnya sedih. sebagai saudara seagama dan sebagai rakan senegara saya juga terasa kesedihannya. ada isteri yang kehilangan suami, anak kehilangan bapa, bapa dan ibu kehilangan anak, adik kehilangan abang/kakak, abang/kakak yang kehilangan adik, majikan yang kehilangan pekerjanya dan negara yang kehilangan pahlawan dan pejuang. begitulah rapuhnya nyawa....tidak diduga langsung bila akan diambil semula olehNya.

walaupun tempat kejadian di bahagian yang tidaklah sependalaman mana...terutama di sebelah pantai barat semenanjung...namun beberapa hari diperlukan untuk mencari dan alhamdulillah setelah hampir lima hari kesemuanya berjaya ditemui. walaupun mereka gugur tidak di dalam mana-mana peperangan pun namun gugur mereka adalah gugur pahlawan, gugur pejuang kerana dengan adanya mereka ini...kehidupan kita sedikit-sebanyak berada dalam aman dan tenteram. memanglah Allah yang mengurniakan keamanan ini tetapi mereka adalah assebabnya dan pastinya mereka sekarang berada dalam jagaan dan kemuliaan Allah....amin.

0 comments: