Wednesday, September 12, 2007

ceria menyambut Ramadhan

assalamualaikum..

diriwayatkan daripada Thalhah bin Ubaidillah r.a katanya;

seorang penduduk Najd telah datang mengadap Rasulullah s.a.w dengan keadaan rambutnya yang kusut. kami mendengar nada suaranya tetapi tidak memahami kata-katanya. setelah hampir kepada Rasulullah s.a.w dia terus bertanya mengenai Islam. lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ia adalah sembahyang lima waktu sehari semalam. lelaki tersebut bertanya lagi: Masihkah ada sembahyang yang lain diwajibkan kepadaku? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu sembahyang sunat. Seterusnya kamu hendaklah berpuasa pada bulan Ramadhan. lalu lelaki tersebut bertanya lagi: Masih adakah puasa lain yang diwajibkan kepadaku? Baginda menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu puasa sunat. Rasulullah meneruskan sabdanya: Keluarkanlah zakat. kemudian lelaki tersebut bertanya: Adakah terdapat zakat lain yang diwajibkan kepadaku? Baginda menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu sedekah. kemudian lelaki itu beredar sambil berkata: Demi Allah, aku tidak akan menambah dan menguranginya. Rasulullah s.a.w bersabda: Dia amat beruntung sekiranya membenarkan iaitu menepati apa yang telah diucapkannya.
hadith riwayat Bukhari & Muslim
salam Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa

0 comments: