Tuesday, November 27, 2007

antara cebisan kecil makanan dengan tahik gigi...

assalamualaikum...

kekadang kita ada juga terfikir benda ni cuma kita tak peduli sangat...takut-takut kalau terfikir sangat maka tak terfikir pulak bebenda lain. cebisan kecil makanan ke ataupun tahik gigi? ini bukan soalan sains paduan mahupun soalan geografi tingkatan 4. ia adalah satu soalan yang mudah dan ringkas. kalau nak kata tahik gigi maka bole pulak di seertikan dengan najis gigi. najiss??...maka tak sepatutnyalah ia berada dalam mulut kan? atau bila kita congkil-congkil dengan lidah - kita telan pulak benda tu kan?...maka dah semestinya bukan tahik gigi. takkan kita nak telan najis kan??!

camana pulak dengan cebisan kecil makanan?...tapi itu hanyalah serpihan lebihan makanan. namun sikit-sikit bolela kita katakannya sebagai makanan sebab macam yang di atas tadi bila kita dah congkil-congkil 'benda' tu kita pun telan. cuma banyak mana pun kita telan yang pasti kita tak akan kenyang. orang yang meludahnya keluar pun ada tapi statistik menunjukkan ramai yang telan balik 'benda' tuh. tak percaya? cuba-cubalah buat 'survey' di pejabat atau di rumah, pastinya anda akan dapat jawapannya.

apapun yang anda selalu buat, tengah buat atau akan buat dengan 'benda' kecil dalam mulut tu terserahlah kepada kebijaksanaan anda sendiri...cuma kalau ada nak ludahkannya keluar semula janganlah halakan pada orang lain...tak beretikalah kalau camtu. cuba 'aim' kat tempat lain. dan bagi yang sedang sembahyang kalau tetiba 'benda' tu tersembol keluar dari tempat persembunyiannya (celah-celah gigi dan gusi)...maka jangan sesekali di telan sebab akan terbatallah sembahyang anda tu. ada pula yang mengatakan bahawa jika kes-kes saintifik ni kerap berlaku maka itu menunjukkan yang kita semakin berumur...sebab gigi-gigi dah semakin mengecut, dan gusi dah semakin mengeras dan mengecil...sebab tulah semakin berjarak ruang-ruang antara gigi tu...hmmm mungkin ada benarnya - anda rasa camana pulak?...wallahualam

0 comments: