Friday, December 07, 2007

nombor itu semakin meningkat kiraannya...

assalamualaikum...

"hepi birthday abah", itulah ucapan pertama yg aku terima hari ni dari puteri 'kenit' aku...pagi-pagi sebaik aku keluar dari bilik air. tersentaklah sat sebab pagi sangat lagi dia dah bangun. aku hanya mampu terseringai dan pastu cakap 'thank you' pada dia. dan hari ni bermula dari puteri aku tuh maka bertujah-tujahlah sms yg masuk mengucapkan perkataan yang sama. terperasan plak yang diri ni populer..pastu baru terperasan plak yang diri nih dah tua setahun lagi. kata orang...rumah kata pergi kubur kata mari...gitule. tapi bagi aku umur hanyalah indikasi nombor sahaja...pengalaman, kematangan dan ilmulah yg menentukan segala-galanya.

ada orang umur dah lebih 50 tapi perangai macam remaja belasan tahun pun ada, yang umur baru 21 tapi bila bercakap dah macam orang umur 40...pun ada. jadi umur padaku takdelah sangat memberi pengaruh kepada 'pembangunan' seseorang individu tu. aku malas nak ambil contoh orang lain...ambil contoh diri sendiri je senang. kekadang tu bila buat benda-benda yang 'fun' terlupa sat yang diri ni dah berumur tapi bila kesannya terasa di pinggang dan serata badan pada malam harinya barulah sedar perkara yang sebenarnya...iaitu kemerosotan tahap kecerdasan dan kemampuan fizikal telah pun melanda. mengerang...suruh anak/isteri urut...dan tampal koyok...semuanya terpaksa dilakukan demi kerana sebuah 'badan'.

bila kita dah masuk umur baru...apa yang direkomenkan kita lakukan ialah bersederhanalah, tenang dan berikan sedikit keprihatinan dalam semua perkara. tindakan, cara fikir dan pembuatan keputusan perlulah lebih kemas, teratur, logik dan terkini. maklumlah kita dah lalui banyak 'learning curves' kan? dan kita pun dah semakin tinggi terbang dan dah dapat melihat dengan 'aerial view'. maka semuanya kita dapat lihat - secara menyeluruh walaupun kekadang tu kurang jelas (sebab kena pakai spek!). tapi janganlah pula bila dah dapat terbang tinggi dan dapat melihat banyak perkara dengan 'aerial view' terasa diri macam 'ayah pin' plak....wallahualam.

0 comments: