Friday, February 01, 2008

bila berkenderaan besar...ego juga besar?

assalamualaikum...

48 minit untuk perjalanan 4 minit. itulah yang saya hadapi semalam. jam yang antara terteruk bagi saya (walaupun ada yang lebih teruk lagi sebelum ini). dari susur keluar nak ke highway di Hartamas hinggalah ke jalan yang depan muzium (Jalan Mahameru kalau tak silap). habis semua channel radio saya tukar-tukar hanya semata nak cari lagu yang dapat tenteramkan resah mengadap jam ni. kekadang bila kena jam camni yang bagus ialah bila ada penumpang di sebelah untuk 'berbual'...jadi tak terasa sangat lama masa yang dihadapi tu, atau mungkin kalau ada dvd player ke...boleh juga 'cover' sikit rasa resah tu. yeelaa...orang lain termanggu-mangu menekan pedal dengan brek tapi kita habis satu 'movie' dapat tengok.

menyanyi kuat-kuat, tak kiralah 'pitching' lari ke...melodi hancus ke, tersalah lirik ke...itulah yang saya buat. sambil menjerit test suara sambil tu lah luahkan geram. habis terganggu jadual...sebab masa tu saya dah berjanji dengan seseorang untuk bertemu di sekian tempat dan masa. yang nak jadi syoknya..timing dia pun bagus iaitu masa peak hours...tengahari semasa cuaca panas. perrgh!!...mencabar habiss. beberapa perkara sebenarnya dilakukan secara serentak pada masa tu...menyanyi, melolong, mengerling 'rakan jam' di kereta sebelah-menyebelah, mendengar radio dan mengkonda-kondikan stereng untuk tugas-tugas menyelit. nampaknya je ruang kosong sikit terus selit...supaya kereta sentiasa 'ke depan'.

setelah berkelakuan sebegini hampir 40 minit maka saya pun sampaile ke 'punca' yang menyebabkan berlakunya jam tu. rupa-rupanya ada satu lori panjang dah terberhenti di sebelah lorong kiri (makan jalan) dan hanya lorong kanan sahaja yang dapat dilalui oleh kenderaan lain. "adusss...dah lah ko besar..ko rosak pulak betul-betul kat tempat strategik",...terbisik di hati ketika itu (betul-betul kat bottleneck point bila 3 lane nak jadi 2) lepas tu..driver dan kelindan langsung tak de usaha nak masukkan sikit lori tu ke bahu jalan. selamba je...macam seronok tengok jam yang disebabkan lori diaorang tuh? geram...memang geram..."sumpah jadi tayar lori kang baru korang tahu", rengus di hati lagi. ini lah golongan pemandu kenderaan besar...mereka selalu ingat yang mereka juga 'besar' macam kenderaan mereka itu - 'selfish', ego besar dan berhati batu. bagi kita yang berkenderaan kecil ni...hmm...selalu la pula jadi mangsa...wallahualam.

1 comments:

bain said...

sabarlah nahmy