Tuesday, January 22, 2008

Syauqi telah pergi...

assalamualaikum...

al-fatihah. jam 11.20 malam tadi syauqi telah pergi menemuiNya. beliau akan dikebumikan hari ini di kampung kuala sawah negeri sembilan. sebaik mana tempatnya di dunia ini pastinya lebih baik tempatnya di 'sana'. aku terduduk sebentar bila mendapat berita ni. bercelaru perasaan. syukran jazillah pada Ija yang menghantarnya. juga aku hargai usaha Ija yang initiated menyebar berita mengenai anak Miza ni kepada rakan-rakan kami. pada Miza sekeluarga, bersabar dan tabahkanlah diri segala yang berlaku adalah atas ketentuanNya. pastinya syauqi telah amat beruntung mendapat ibu-bapa dan keluarga yang concern mengenainya sehingga akhir hayatnya. pasti...

masih terlihat-lihat syauqi di mata aku, ketika melawatnya di HKL minggu lepas begitu juga foto semasa dia sihat. walaupun dia tak melihat aku dan rakan yang menziarahinya kerana berehat dan tidur, walaupun dia tidak mengenali sangat kami namun itu bukanlah penyebab untuk tidak berdoa agar rohnya ditempatkan bersama roh para solihin dan muqarrabin. entahle...kekadang 'tersentuh' bila mengenangkannya. Allah maha mengetahui. mungkin kita tidak nampak 'aturan' dan 'hikmahnya' sekarang tetapi insyaAllah akan diperlihatkan juga pada kita suatu hari nanti.

berat mata memandang berat lagi bahu memikul..namun kehidupan perlu diteruskan. pada Miza dan keluarga takziah dari aku dan keluarga. walaupun agak 'singkat' tempoh waktu syauqi bersama kalian...namun aku pasti itulah tempoh waktu paling bermakna buat syauqi. mati adalah ketentuan Allah. walau jasad dan rohnya tidak bersama kita, kenangan dan memori pasti berada sentiasa di ingatan. suburkanlah ingatan itu dengan fatihah dan doa....dan tanpa kita ketahui insyaAllah kalian akan bertemu lagi dengan beliau di 'sana'. tidakkah bagi Allah tiada satu pun yang mustahil??...al-fatihah

0 comments: