Monday, February 18, 2008

ibu, ibu, ibu dan bapa...

assalamualaikum...

sefamili kami ke balik ke kampung hujung minggu ni. walaupun pendek jangkamasanya - sabtu pergi ahad balik namun sempatle juga buat macam-macam benda. anakku yang sulung dapatlah 'mengcungapkan' sedikit atuknya dengan bermain badminton, aku pulak ke hulu ke hilir...sekejap kuar ke pekan beli lauk, sekejap ke farmasi belikan ubat emak dan abah, sekejap kuar balik mencari 'lauk' lagi...sekejap kuar pergi hantar tayar basikal anak ku yang dah tak 'manthop' tu. orang rumah pulak...apalagi menolong emak akule...memasak dan buat apa-apa yang perlu (tugas orang pompuan). oleh kerana adik-adik aku yang lain tak balik minggu ini (diorang semua dah balik masa raya cina tempohari kecuali aku) maka legalah sikit rumah orang tua aku tu. tidor dan 'parking' adala tersistematik sikit.

aku sebenarnya bukan tak nak balik masa raya cina hari tu...cuma ada hal sikit. lagipun kalau semua sekali harong balik masa tu dah tentu emak dan abah aku sunyi pulak minggu ni. jadi rasanya elok juga aku 'bergilir' dengan adik-adik yang lain. paling tidak masa diorang menunggu anak dan cucu tu tak lah 'gap'nya terlalu terjarak. tapi sekali-sekala kami balik juga berkumpul sekali harong...masa tu adale meriah sikit. mak aku tu pun senyum lebar le sikit...yeela...bagi orang tua apa lagi yang nak menggembirakan diorang selain anak-cucu yang datang melawat.

tapikan aku paling tak sanggup nak tengok muka emak aku ialah bilamana kita orang adik-beradik dah tiba nak balik ke rumah masing-masing. terkulat 'campur' syahdu 'darab' sayu muka emak aku tu...aku naik sedih gak. ialah bila dah ramai-ramai tetiba dah nak 'bersunyi' balik dia dengan abah aku. tapi abah aku pulak selamba rock je dia.. itula bila di kira-kira kita yang sebagai anak ni memang le kena kerap sikit menjenguk mak bapak...sebab itu ajele yang diaorang harapkan dari ni. itupun sementara diaorang masih hidup. bagi anak lelaki lagi le, tanggungjawab pada ibu/emak/umi tu memang kena dijalankan tanpa keraguan yang menasabah dan berbelah bagi sebab syurga bagi kita orang lelaki ni ialah di bawah tapak kaki ibu/emak/umi tu le. kan terdapat hadith nabi...yang bilamana sahabat tanya Rasullulah siapakah dikalangan manusia yang perlu diutamakan...maka nabi berkata : ibu, ibu, ibu (3 X ibu) dan kemudian barulah ayah. jadi faham-faham je la...wallahualam.

0 comments: