Saturday, March 15, 2008

bila isteri sakit....

assalamualaikum...

sudah nak masuk 3 minggu anak yang bongsu tu dilanda batuk lelah yang teruk dan berbotol ubat juga yang dah ditelannya. alhamdulillah…nampak dah semakin reda sikit…cuma sekarang ada cabaran baru pulak yang timbul. isteri pula kena demam dan batuk dan sekarang dah nak masuk seminggu. anak sakit...kita ada tenaga dua orang untuk mengawasinya...tapi bila isteri sakit! terpaksalah sorang-sorang menguruskan pelbagai. yang ringan-ringan tu bolehlah anak yang sulung tu menolong...in fact dia memang dah banyak menolong pun walaupun baru 9 tahun. ini semua mungkin sebab dari terlalu banyak menengok 'ultraman' kot...sebab bila diminta menolong tu...kekadang dia tolong sambil dia berlakon watak hero ultraman tu...tak kisahlah...janji dia tolong!!

as for me...memang dari dulu banyak gak benda yang dah biasa buat jadi bila buat sorang-sorang tu takde la kisah sangat. mungkin ada hiccups sikit...tapi okay je. bila menengok isteri yang sakit tu kekadang memanglah rasa hiba gak...ialah bila kita sakit dia tukang jaga kita tapi bila dia sakit dah tentulah kita pulak yang kena jaga dia...itulah yang 'hiba'nya...hehh!! concern tu memang kita concern...dan bab 'jaga' tu...memangle kita jaga...tapi tak sebaik dia jaga kita bila kita sakit. orang perempuan kebanyakkannya boleh jaga suami yang sakit...dengan tekun dan sabar, tapi orang lelaki boleh jaga isteri yang sakit dengan tekun dan 'tak sabar'...gitule yang selalu berlaku.

walaupun ada kes suami yang sakit ditinggalkan begitu saja oleh isteri..namun bilangannya sangatlah kecil jika dibandingkan dengan kes suami tinggalkan isteri yang sakit. kalau tak percaya tengok aje le bila isteri dalam pantang anak ke 4 atau ke 5 (anak pertama...ok lagi), suami hari kedua isteri bersalin dah rasa 'resah-gelisah'...duri-duri miang dah mula tumbuh...kalau dia pandai control kira ok la...tapi kalau tak pandai? sebab tu lah selalu kes kita tengok atau dengar bila si suami kematian isteri....selang tak lama lepas tu dengar dia dah kahwin lagi...sedangkan isteri yang kematian suami tu kekadang sampai dia pula yang mati pun...dia mungkin tak kahwin lagi...lebih-lebih lagi yang ada anak 12-13 orang tuh....wallahualam.

0 comments: