Thursday, May 22, 2008

letihla...asyik jadi 'mangsa' jee..

assalamualaikum…

terkujat ghopla...itulah yg jadi kat saya 3 hari lepas bila beli nasi lemak ‘biasa’ (takde lauk spesel le maknanya tuh…). bila buka je bungkusan, nampaklah betapa seciputnya nasi tu. bila suap je ke mulut dgn sudu…maka sahlah yg ianya memang seciput. genap 4 sudu suap…nasi pun abissss. hehh!! sudu yg kelima…cuma sempatle jilat sikit-sikit..alaahaii. harga? masih sama RM 1.00, cuma diaorng kurangkan isinya je. yeela, nak salahkan si penjual pun tak boleh jugak al-maklumlah beras memang dah naik harga. jadi sapala yang nak disalahkan? entahlee..

saya memang dah lama tak beli nasi lemak kat pasar malam tu, cuma hari tu terasa nak makan...jadi si isterile yang belikan. bagusnya pulak...'kuranglah' sikit saya makan mlm tu, untung-untung susutle sikit berat. bila kes-kes camni terjadi rasanya memangle tak payah kita nak ’tunding’ jari mencari salah siapa, semuanya salah...termasuklah sedikit-sebanyak kita yang nama pengguna nih. cuma yang tak acinya ialah kita pengguna ni yang paling teruk kena kesan dan impaknya...eeemm...impak maksima gitu. sebab apa pulak kita yg pengguna ni yg teruk kena? jawapannya ialah kerana dalam susurgalur (lineage) transaksi jual-beli tu...kita duduk paling hujung, kita ni 'end-user'. jadi nak tak nak kitale yg jadi 'mangsa'.

mana-mana pengguna yg mana dia juga adalah penjual nasi lemak tu atau dia juga merupakan penjual beras...maka kesan yg dia terasa tu boleh la di 'cover' bila dia pulak menjual beras pada pengguna lain. tapi camna pulak dgn pengguna yg langsung takde kena mengena dalam urusan jual-beli beras? dah tentulah dia adalah 'mangsa' yg mutlak. kepada golongan yg terlibat dalam urusan sebegini (cth; jual-beli beras ni), ingat-ingatlah pada kami golongan pengguna akhir mutlak ni. janganlah ikut suka je naik-naikkan harga beras atau juga barangan kegunaan harian yg lain, renung-renung dan ingat-ingatla sama kat kami ni. kami mungkin tak dapat nak jadi macam korang yg mengaut 'keuntungan' samada kecik atau besar dari transaksi jual-beli tu...dan itu tak mengapa, kami pasrah. tak untung takpe tapi yg penting ialah kami tak naklah asyik-asyik kami je yg jadi mangsa...hisshh...wallahualam.

0 comments: