Thursday, July 31, 2008

aku cinta padamu

assalamualaikum...

malam jumaat datang lagi...e'heem..hemm! sesapa yg tahu maksud tu hmmm... bagusla. tapi saya bukan nak citer pasal malam jumaat tapi pasal perkara yang kita susah nak buat, tapi kalau buat sedikit-sebanyak 'impact'nya boleh tahan gak. susah nak buat, tapi buat juga...lama-lama dah senang nak buat (mungkin!). kita yg dah kahwin selalu tercari-cari menu camna nak menyuburkan perkahwinan kita kan? well...salah satu benda yg simple dan boleh dibuat oleh sesapa saja yg bergelar suami kepada isterinya ialah dengan sekali-sekala membisik atau mengatakan "aku cinta padamu" kepada si isteri. amacam...senang ke agak-agaknya tuh? saya memang tobat!...payah. malahan sampai sekarang pun masih payah tapi tetap sekali-sekala saya akan mengatakannya.

cuba kalau sebut ' i luv you'. hek..e'elehh...yg ni boleh pulakk!. memang saya sendiri mengakuinya walaupun saya sangat suka mempromosi bahasa Malaysia...tapi bila tiba tang bebenda yg asyik-masyuk cintatnya camni saya memang lebih suka menyebutnya dalam bahasa Inggeris. bunyi lebih padu, lebih berdaya saing, power, mendalam dan menjurus kepada maksud sebenar!!. bila kita sebut 'aku cinta padamu', selalunya terutama bagi pasangan yg baru pertama kali nak cuba...pastinya si isteri akan terkekel gelak. si suami akan kegelian mengada macam tiub basikal berpintal...bercampur dengan warna muka yg saling tak tumpah cam sos cili dah luput tempoh.

geli geleman, berpeluh sejuk...dan bermacam-macam rasa lagi akan dirasa oleh si suami tapi takpa itu semua hanya untuk seketika sahaja. itu semua akan hilang dalam dakapan manjaaa....e'hemm! macam saya kata tadi walaupun si isteri akan keluarkan komen macam-macam seperti "bunyi macam abang baca skriplah", "mengadalah you ni". "abang ni dah tebiat ke?"..dan yg seumpama dgnnya...tapi itu semua akan hilang. hilang bersama kehangatann...oooohhhh. oleh itu cubalah para suami ooiii...bagi yg dah selalu dan dah biasa buat baguslah...terus mempermantapkannya (harap saudara baha tak komen bahasa saya nih..). bagi si isteri pulak mungkin di kesempatan lain akan saya 'artikel'kan menu utk mereka.

ingat!! bagi isteri motivasi paling manthop ialah ransangan 'kata-kata' dari suami dan bagi suami pula ialah ransangan 'sentuhan' fizikal dari si isteri...wallahualam.

0 comments: