Friday, August 22, 2008

Dato oh Dato...kenapa engkau muda?

assalamualaikum...

muda-muda dah 'Dato'…bertuah badan le korang semua. bukanle tujuan saya nak kata mereka ni tak sepatutnya dapat anugerah gelaran 'Dato' tu cuma kekadang rasa janggal bila muda-muda cam diorang tu dah jadi Dato dan pulak hanya disebabkan 'perjuangan' yg sekali dua, yg bukannya melibatkan perkara-perkara yg ada kena mengena dengan 'hidup dan mati'.

bukan juga saya nak mengatakan tiadanya peri pentingnya perjuangan mereka itu...memang ianya juga untuk negara tapi berapa pula 'imbuhan' yg mereka dapat hasil daripadanya? itu yg kadang-kadang terfikirkan oleh saya akan Kanang anak Langkau yg ada pingat tertinggi Angkatan Tentera (yg sama dimiliki oleh yg Dipertuan Agong). beliau hampir 'terkorban'. hampir hilang nyawa. sebegitu besar dan tak ternilainya 'perjuangan' beliau pada negara, hanya akhir-akhir ini sahaja barulah kerajaan nak berikan gelaran Dato tu pada beliau.

tapi tak mahu pulak beliau menerimanya. atas dasar beliau akan menyebabkan gelaran Dato tu rosak nilai. jatuh 'kualiti'. sebab beliau miskin, tak tahu nak bergaya...tak tahu nak pakai kot dan tak berkedudukan. beliau yg pada saya memang dah tentu berhak akan gelaran Dato tu masih menolaknya. atas perinsip inilah...lagi sekali kita patut 'tabik spring' pada beliau...yeeela...beliau pun tahu kat mana sepatutnya gelaran Dato tu perlu 'diletakkan'.

camna pun kepada yg muda-muda dah jadi Dato tu....pandai-pandailah 'menjaganya'. pikirkanle orang-orang seperti Kanang tadi sebelum nak lakukan sesuatu yg mungkin akan menjatuhkan nilai Dato korang tu. janganle pula bila tetiba ada orang terpanggil nama korang tanpa menyebut Dato maka korang pun malas nak layan. memangle Dato tu menjadikan korang sedikit 'lebih' dari orang kebanyakkan tapi itu hanyalah dari segi 'penghormatan negara' je tapi dari aspek kemanusiaan maka ia tak menjadikan korang 'super human'. taraf kemanusiaan korang sama je dengan manusia lain. korang memang dihormati tapi korang juga perlu menghormati....wallahualam.

0 comments: