Sunday, August 17, 2008

peperangan-peperangan di sekitar kita

assalamualaikum...

semasa artikel ni ditulis...dua 'peperangan' akan berlangsung yg berkait rapat dengan negara kita - Malaysia. satu peperangan di Permatang Pauh dan satu lagi di Beijing dimana petang nanti si Lee Chong Wei akan berjuang untuk meletakkan Malaysia dalam senarai negara yang ada pingat di Olimpik. tidak kira apa warnanya...Malaysia pasti akan dapat satu bijik pingat cuma kalau nak kira baik emasla...kan!. perjuangan di Permatang Pauh pulak adalah perjuangan antara PR , BN dan AKIM dan juga akan menentukan samada penduduk di PP tu perlukan Dato Anwar lebih atau Dato Ariff lebih lagi atau Hanifa Mamat lebih-lebih lagi. kita yg duduk di tempat lain ni cuma boleh menunggu, mengharap atau mungkin 'berdoa' untuk calon yg kita sokong tu menang. tak lebih dari itu. segala-gala atas penentuan Allah yg pertamanya, dan atas bilangan undian penduduk PP yg keduanya.

emas dari Lee Chong Wei tu nanti bolehlah kita raikan untuk sebulan-dua jika berjaya beliau menangi. beliau sendiri mungkin boleh 'merayakan' kejayaannya lebih lama lagi dari kita yg menyokong ni sebab....yeela duit dah banyakle katakan!! kita sebagai penyokong cuma dapat cerita dan bualkan akan kehebatan beliau mendapatkan emas tetapi yang dapat merasai nikmat 'sebenar' dah tentulah beliau sendiri. apapun, itu semua memang patut sebab itu semua adalah hasil dari 'usaha' tanpa penat beliau sendiri...jadi memanglah patut.

kemenangan dari pilihanraya kecil di PP itu pula akan dapat penduduk di PP itu sendiri raikan untuk selama lebih kurang 4 tahun yg berikutnya. ini memang 'usaha sebenar' pengundi yg memenangkan calon mereka sendiri. calon tak banyak sangat berusaha. tapi bila dah menang...maka berkoyan-koyanlah 'usaha' yg patut calon yg menang tadi lakukan untuk mereka yg mengundi beliau. usaha setelah menang akan menentukan beliau diundi lagi dan kemudian menang lagi untuk penggal yang berikut-berikutnya. sebab itulah ramai orang kata...mencari kemenangan itu adalah tidak sesusah 'mengekal'kan kemenangan itu. ialah yg 'dibawah' cuma nampak untuk pergi ke atas je...tapi yg di atas dan tentulah sentiasa di intai 'graviti' yg menariknya ke bawah...wallahualam.

0 comments: