Saturday, October 04, 2008

berhari raya dijalanraya

assalamualaikum...

sudah masuk hari keempat Syawal, ada yg dah mula bekerja dan mereka yg masih bercuti juga akan kembali bekerja bila habis cuti. kotaraya K.L akan kembali sibuk walaupun untuk tahun ni saya dapati semasa 1 Syawal pun dah sedia sibuknya....tak macam yg lepas-lepas kalau 1 Syawal tu kita boleh main bola atas jalanraya. mungkin sebab dah ramai yg 'bermastautin' di kota atau mungkin sebab harga petrol yg tinggi...entahle.

tapi yg sentiasa tak sunyi semasa Hari Raya atau semasa di hari-hari perayaan yg lain ialah kadar kemalangan. bab yg ni memang selalunya 'meriah'. pelik tapi benar. walaupun macam-macam kempen yg keluar tv, radio, suratkhabar, papan iklan dan macam-macam operasi yg kerajaan buat melalui Polis, JPJ, PLUS dan sebagainya namun kadar berlakunya masih tetap tinggi. masih ditahap 'menggusarkan'. malahan semasa di musim-musim perayaan camni...ianya adalah penyebab kematian nombor satu rakyat Malaysia berbanding dengan penyakit jantung, kanser, kencing manis atau penyakit-penyakit yg lain.

bila dibuat kajian pula, penyebab untuk kadar kemalangan jalanraya yg tinggi adalah lebih peratusannya kepada 'kecuaian' manusia bukan kepada disebabkan 'malfunction' kenderaan.
habis camno??. apala yg diburukan sangat bila nak balik kampung tu? tak payahlah nak laju-laju sebab terburu-buru + laju-laju inilah yg menyebabkan ramai yg 'tebujur'. kita bukan di sirkit F1 Sepang yg 'kemenangan' di kira pada siapa yg sampai dulu...maka mereka pun memang semuanya berlaju-laju. tapi kita sekarang di jalanraya yg mana kemenangan dikira pada siapa yg sampai dengan selamat...itu aje. pastikanlah keadaan fizikal badan dan juga kereta dalam keadaan yg terbaik dan bersabar serta berhati-hatilah semasa memandu agar semuanya sampai dalam keadaan selamat dan gembira...wallahualam.

0 comments: