Thursday, November 27, 2008

susah senang nak jadi tenang

assalamualaikum…

susah nak cakap...bila keadaan akan tenang, bila negara akan tenang, bila rakyat akan tenang dan bila seseorang insan itu akan tenang. adakah bila Obama memerintah maka dunia akan tenang? atau adakah bila Osama Ben Laden dah mati maka dunia akan tenang? adakah bila UMNO dah bersidang Mac tahun depan maka keadaan politik negara akan tenang? adakah bila petrol dah jadi RM1.00 satu liter maka rakyat akan tenang? adakah bila dah tiada langsung pendatang asing tanpa izin maka kita akan tenang dari kadar jenayah yg tinggi? adakah Shah Rukh Khan akan tenang bila beliau dah bergelar Datuk?

bilakah pula kita sendiri akan tenang? adakah bila semua yg dihajati dah dapat, semua yang diingini dah dikecapi dan semua doa yg dipohon dah termakbul maka kita akan tenang? adakah kita perlu bebenda tu semua berlaku barulah kita akan tenang? susah...memang susah nak cakap. semua orang nakkan ketenangan hatta orang terkaya didunia sekalipun. tapi boleh ke dia dapat ketenangan itu?

ada sesetengah orang (terutama yg bergelar muslim) sanggup membayar beberapa ratus hatta beberapa ribu malahan puluhan ribu ringgit hanya utk dapatkan ketenangan tu. bercempera diorang cari diseluruh pelusuk dunia kaedah, metodologi, teknik, program atau ajaran-ajaran yg dapat menjadikan mereka tenang. sanggup brotherrrr...tapi diaorang terlupa atau memang sesaje tak nak tengok atau belek-belek apa yg ada dalam Quran tu? tidakkah Quran tu...is the ultimate guidance for mankind? nothing can outclass it.

بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Ar-Rad:28

“Berzikirlah (mengingati Allah) nescaya hatimu akan tenang”.

jadi , apa yg dinyatakan dalam ayat ini sebenarnya? adakah ianya semata-mata sbg hiasan mata yg membaca atau sbg mempercantikkan mukasurat shj (dari terbiar kosong?)? cuba kita lakukan 3 perkara ini : Percaya, Amal dan Yakin. kita percaya dgn sungguh-sungguh yg dgn berzikir hati akan tenang. kita amalkan pula dgn melakukan ‘perbuatan’ berzikir itu. kemudian kita yakin tanpa berbelah-bagi yg kita akan tenang selepas itu. brotherrr...buat 3 benda ni tak kena bayar satu sen pun!

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً فَادْخُلِي فِي عِبَادِي وَادْخُلِي جَنَّتِي

Al-Fajr : 27-30

“Hai jiwa yg tenang kembalilah kau kepada tuhammu dengan hati yg puas lagi diredhai-Nya dan masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku”.

apakah pula yg Allah maksudkan dgn ayat ini? “jiwa yg tenang?” kenapalah agaknya Allah kata jiwa kena tenang dulu dan lepas tu masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaNya dan syurgaNya...patutnya bila dah masuk syurga barulah tenang...kan? kenapa le agaknya? jawapan tanyale pada yg arif disamping-samping menanya pada diri-sendiri....wallahualam.

4 comments:

KTS said...

aku pun sdg mencari ketenangan... bila alpa, hati jadi kalut...

kena bermesra dgn al-quran semula...

-aku mmg tak sempurna-

nahmy said...

sabar & relax Cik Ku...dlm kalut dah tentu susah nak cari tenang. bermesra dgn Quran? itu mmg semestinye...wallahualam

bain said...

sudah terang lagikan bersuluh...tak ke ngada2 namanya tu..manusia mudah lupa, dah di beri yang terbaik di antara yang terbaik nak juga cari yang 'terbaik' lg..konon..

p/s: terima kasih atas pertolongan mu sahabat

nahmy said...

Arbain, gitule yg nama manusia. yg baik & dah terbukti ada tak mahu diambil tp cuba plak nak cari yg lain yg belum terbukti baik & belum terbukti ada...