Sunday, November 16, 2008

turunkan lagi harga minyak tuuu..

assalamualaikum...

larrr....tak mungkin takde sapa-sapa dlm kerajaan yg tak perasan bahawa harga minyak la ni dah jadi 57 dolar setong. dah turun jadi lebih rendah dari kenaikkan mula-mula dulu (kalau tak silap 68 dolar setong). kalau dah perasan tu cuba-cuba la buat revision pada harga minyak tu. pastu pakat-pakatla pantau pulak harga makanan dan barangan pengguna yg lain agar sama-sama turun. macam harga teh tarik & roti canai baru-baru nih!!

memanglah rasa cam baru sgt harga minyak dah diturunkan dan banyak gak perbezaannya. pengguna akhir, pengilang, pembuat, pengedar, pemborong dan peruncit semua dah rasa menafaatnya ttp kalau lagi sekali diturunkan pun tak mengapa. lagi elok...lagi ngemm gitu!. 14 kali turun dlm masa seminggu pun takpe....bukan utk orang lain, untuk rakyat sendiri juga.

rakyat yg mana tu yg dapat rasa sangat kalau harga minyak dan harga barangan pengguna ni turun? dah tentulah yg dalam golongan sederhana dan di bawah tahap sederhana. kalau dulu mungkin tak larat nak makan ayam sekarang boleh le beli sebelah. kalau dulu makan nasi setengah pinggan sekarang bolehle sepinggan...gitu le.

jadi...kepada mereka yg dalam kerajaan yg perasan akan harga minyak sekarang ni...sound-sound-la kepada pihak yg berkaitan agar buat pengumuman penurunan baru kepada harga minyak ni. turunkan lagi. tak banyak sikit pun tak pe. something better than nothing....wallahualam.

2 comments:

KTS said...

pak2 menteri buat2 tak perasan... ngr lain dah berapa kali duk turun harga minyak, mesia jek yg duk meeting sepuluh kali sblm turunkan 15 sen...

cettttttt

nahmy said...

mmg cettttt betuiii...

tp hr ni alhamdulillah...rega baru dah dikuatkuasakan. lagi rendah dr dulu...termsklah diskaun tol...alhamdulillah barulah rakyat boleh senyum lega sikit!