Friday, January 30, 2009

puaka yg langsung tak puaka...

assalamualaikum...

"adik kalau takut tak payahlah tengok". "tapi adik nak tahu lah abah...camna citer tu", balas adik yg juga anak kedua saya tuh. "sebenarnya antu tu orang pakai sarung cam cicakman je", cuba saya terangkan pada adik. "tapi takut jugak lah abah", balas dia balik. "dahla...kalau dah takut, pi kencing pastu masuk tido"' saya pulak dah naik suara. "kalau nak tengok...tapi lepas tu takut nak pi dapur, nak masuk bilik air...baik tak payah tengok". "ok-ok...adik nak tengok...tapi kalau takut adik mintak abang ke, mama ke kawankan la..", perghh!! cerdik plak dia!. "dahlah pi tido...esok nak bangun pagi, abang pun dah lama tido tu", kali saya keras sikit dan nyut-nyut dgn langkah 'rebel without cause' dia pun masuk tido.

itule sikit-sikit adegan malam tadi semasa saya, isteri dan anak kedua ni cuba nak bersantai sambil menengok 'puaka niang rapik'. katanya episod terakhir...jadi nak le juga tengok. episod yg lepas memang jarang sangat kami tengok. memang pun dah tebiat kiteorang suka tengok citer bab-bab yg dah nak 'ending' je...jadi tak payahle nak tunggu lama utk ketahui penutupnya.

yg pelik wal ajaib, akhir-akhir ni banyak sangat plak pilem-pilem camni yg diorng terbitkan. ntahle...samada 'jumping to the bandwagon'...atau dgn kata lain mengikut trend atau memang dah habis modal. tak tau nak buat citer apa. kalau menengok citer tu mlm tadi...memang message yg nak disampaikan ialah jangan buat kerja syirik, itu aje. tapi dia punya plot, dia punya persembahan penceritaan langsung tak menarik. tak 'tersentak-sentak' ketakutan pun bila menengoknya.

letih bro....letih. malahan ada scene yg tak ada dialog hampir 15 minit...punyale malas tukang tulis skrip nak tulis dialog!!. saya dulu pun terlibat gak sikit-sikit dlm buat skrip & storyboard dan saya tahule kerja-kerja tukang tulis skrip/dialog ni. bila scene takde dialog tu diaorng pun mainkan le lagu instrumental lama-lama sikit....hanya utk amik masa panjangkan citer. konon pandai le buat camtu tapi sebenarnya menjadikan kualiti pilem/citer tu jatuh lagi ada.... rasanya pembuat pilem/drama kena teliti sikitle...sbb penonton skrang pun dah cerdik, dah tahu menilai. tak boleh le main sogok je....wallahualam

8 comments:

Tie said...

Ha ha....Tie suka cerita2 seram dan hantu ni...tapi yang ada sekarang ni kurang kick laa...

Rasa2nya cerita pontianak dulu lagi best...entahlah...selera kolot kot..hi hi..

erisya nor said...

pernah nonton citer hantu " tarzan the wonder car" ie hantu bentuk kereta sport ? pasti anak2 suka :)

erisya nor said...

errr reiki master? erisya minat nak tahu....pernah terlihat buku ttg tuh tapi tak pernah baca....ada n3 berkenaan tu ka?

nahmy said...

pn tie..
mmg citer la ni tak kick langsung. byk pki effect je...era p.ramlee dulu lg best.

cik erisya..
n3 tu...tak ingatla...tp kak tie kat atas tu nak tau cara tengok aura sendiri...insyaAllah nanti saya postkan cara2nya...TUNGGUUUU...

Iliana said...

hehehe..cerita itu memang agak merepek..tapi, tak mustahil masih ada kan..saya tak berkesempatan untuk tengok huhu

p/s:saya dah post kan jawapan entri lepas..silalah berkongsi bersama

Nur said...

i dont really like horror movies, as i'm easily misled what is wrong and what is correct...:D

Tie said...

Salam....nanti senang jemputlah ke blog Tie ambil award, ya...

nahmy said...

cik e-lee..
saya bab merepek tu takpe le juga...sbb semua citer mmg merepek. tp aspek penceritaannya yg takde standard tu yg tak boleh tahannn..

cik fakhz..
likewise..but sometimes for the sake of having quality family hours..layanle jugakk..

tie..
syukran jazakallah khairan khatira atas award tu..