Friday, January 02, 2009

tahun baru oh tahun baru!

assalamualaikum...

napele kita bila lepas tiap-tiap sambutan tahun tahun baru terutama tahun masehi mesti jadi tunggang-langgang. mesti jadi kucar-kacir sahsiah, tingkahlaku, keperibadian dan cara pikir. bukan semua. tapi kalau kita tak 'control' mungkin esok lusa semuanya berpeluang jadi camni. apala yg hebat sangat pasal tahun baru tu yg bila menyambutnya sampai tergadai maruah diri dan di sesetengah kes sampai tergadai nyawa. kita sambut pun dia datang kita tak sambut pun dia tetap datang. kan banyak lagi bebenda yg lebih 'manis' dan bermenafaat utk dilakukan dari terkinja-kinja mengira 'count-down' tu dan bersorai melihat bunga api.

tergezut tahap gaban bila mendengar dan membaca berita apa yg telah berlaku rentetan dari sambutan tahun baru tuh. walaupun tak sampai nangis...tapi memang tergezut. macam-macam citer sadis yg berlaku rupanya! kalau nak citer 'thrill' dan 'adventure'....kita pakat-pakat pikul senjata tolong saudara kita di Palestine tu lagi thrill dan adventure...bahkan silap haribulan mati syahid lagi tu. kalau tak dpt senjata...kita guna batu pun okay...kan??

alahaaaii...brothers dan sisters (dan diri saya sendiri), jom la kita pakat hijrahkan diri kita. tak teringin ke kita menggunapakai 'diri' kita yg 'baru'. yg lebih manthop, terkini, hebat dan cemerlang. yg tahu mana yg teramat penting dari yg penting? yg tahu dgn mutlak membezakan mana yg hak dan mana yg batil? yg menjalankan jawatan 'khalifah' di mukabumi Allah ini dgn efisiennya? tak teringin ke? bukan kena bayor pun....

lepas 1430 akan ada 1431, dan lepas 2009 akan ada 2010. jangan gaduh sgt pasal tahun ni...sbb selagi tak kiamat dan selagi hayat dikandung badan insyaAllah kita akan menemuinya. kalau azam atau matlamat tak tercapai jgn terkujat, jgn menghibakan diri dan jgn bergundah-gulana. apa yg kita perlu ubah ialah 'cara' nak capai matlamat tu. dan buatlah byk mana azam dan matlamat tak kisah punya....dan jika azam atau matlamat tu dah tercapai maka kita set azam dan matlamat baru pulak....cuma tak perlu tunggu hujung tahun utk set azam atau matlamat baru tu. di tengah tahun pun tak pe...polis pun tak marah...wallahualam.

4 comments:

Sunshine in the morning said...

salam..

thx cos mengunjung di teratak ati..
hehe..

moga2 tahun baru memberi sinar baru buat kita..

InsyaAllah

Yunus Badawi said...

Terima kasih kerana singgah di blog saya.
Betul apa yg Nahmy tulis.
Adalah sesuatu yg gila kalau kita mengharap natijah yg lebih baik jika kita masih melakukan cara yg sama.

Iliana said...

salam..

terima kasih atas lawatan..harap terus mensudikan diri untuk melawat..ya, sewajarnya, setiap detik yang beredar itu dituruti dengan azam untuk menjadi yang lebih baik. menjadi lebih maju. dalam Islam pun, itulah yang dituntut. agar manusia menjadi insan yang berilmu dan bermanfaat..

salam tahun baru

nahmy said...

miss sunshine..
begitula doa & harapan kita semua. saya selalu gak baca paper 'sinar' tu..

mr. yunus..
betul plak komen u tu..., we get the same result if we keep doing same thing!

miss e-lee..
sama2. moga kita terus dgn semangat 'kunjung-mengunjungi' ni kan??