Wednesday, March 18, 2009

perjalanan menjadi suami tahap A+

assalamualaikum...

sedikit bacaan ringkas akan perihal Rasulullah dalam mengindahkan keharmonian rumahtangganya yg mungkin suami-suami hensem (adakah saya tergolong dlm golongan ini?...hmmm...) atau yg kurang hensem boleh menjadikannya satu teladan. bahkan isteri-isteri comel, kurang comel dan yg akan comel juga boleh turut menjadikannya sbg satu renungan. bakal suami dan isteri turut boleh dapat sesuatu dari sini...insyaAllah.

Rasulullah s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: "Wahai Tuhanku, Tuhan Muhamad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkan kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan." (hadith riwayat Ibnu Sunni)

Dari Aisyah r.a, dia berkata,"Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, baginda mencucinya pada bahagian yg terkena titisan darah itu dan baginda tidak berpindah dari tempat itu pula, lalu baginda bebaring kembali di sisiku. Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, baginda mencuci pada bahagian yg terkena titisan darah itu dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu." (hadith riwayat Nasai')

Dari Ata' bin Yasar,"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dan Aisyah r.a biasa mandi bersama dlm satu bejana. Ketika baginda sedang berada dlm satu selimut dengan tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya,"Mengapa engkau bangkit?" jawab Aisyah,"kerana saya haid wahai Rasulullah". Sabda Rasulullah,"Kalau begitu pergilah, lalu berkailah dan dekatlah kembali kepadaku. Aku pun masuk lalu berselimut kembali bersama baginda." (hadith riwayat Said bin Mansur)

amacam suami-suami? rasanya boleh kot sedikit sebanyak menuruti sikit-sikit teladan Rasulullah...terutama bab cuci darah haid tu....wallahualam.

8 comments:

KTS said...

kawan bapak aku, dia tak akan makan apa yg isterinya masak jika isterinya sdg haid... klu seminggu, seminggu la dia mkn luar... dia kata tak lalu....

ggggggggrrrrrrrrrrrr...

lelaki camni pun ada...
apa, dia igt masak tu guna apa?? guna tgn la...

p/s : emo dlm blog ko jap... hikkksss

DAMAI said...

salam...

sesungguhnya Rasulullah SAW itu tiada tandingan ^^

Tie said...

Begitu penyayangnya baginda..

Ibnurashidi said...

salam...

semoga sama-sama mengambil istifadhah..insya'Allah.

Yunus Badawi said...

banyak contoh2 yg ditinggalkan oleh Rasulullah saw. Ada yg kita dah tahu dan ada yg kita belum tahu. Dan antara yg kita dah tahu tu tak semua kita mampu buat.
Semoga Allah memberi kita kekuatan utk mengikut sunnah NabiNya.

nahmy said...

cik kutaksemp...
semoga lelaki2 camtu semakin berkurangan hendaknya..

nahmy said...

damai...
hmm...mmg Rasullulah itu tiada bandingannya dlm apa jua perkara.

tie..
itulah antara sifat baginda yg perlu kita turuti.

nahmy said...

tuan ibnurr...
insyaAllah..

pak YB..
mungkin kita tak mampu...tapi iltizam & kesungguhan perlu sentiasa ada gituu..Allah maha mengetahui