Sunday, March 29, 2009

sejam dlm 'kegelapan'

assalamualaikum...

akhirnya alhamdulillah...dpt juga sikit ruang utk menqupdate blog bertuah nih. ingatkan dlm dok 'bergelap' sejam mlm tadi nak update...tapi tak nampak plak 'key-pad' ni. sungguhpun rumah ni dah selalu 'bergelap' walau tanpa ambil bahagian dlm 'Earth Hour' (black-out le tu) tp demi menyatakan sokongan kpd kempen pengurangan pemanasan global maka kiteorng pun pakat-pakat gak duduk dlm gelap selama sejam. oleh krn sejam je maka lilin pun tak kiteorng nyalakan....berbanding dgn black-out yg biasa tu yg berjam-jam lamanya.











ramai gak jiran-jiran yg turut 'participate' tp ramai juga yg tak...dan itu adalah kehendak & pilihan masing-masing. ikut pun tak salah dan tak ikut pun tak salah juga. cuma yg ikut tu sedikit-sebanyak dptlah kurangkan penggunaan tenaga letrik dan dptlah sikit-sikit jimatkan bilnya. jika ditengok dlm konteks kita sendiri mungkin penjimatan tu sebesar telur kutu je...tapi kalau dilihat dari konteks ramai...maka banyak tu penjimatan yg berlaku.

saya juga ada tengok foto menara berkembar KLCC yg sejam turut bergelap dan memang menarik. menarik bukanlah kerana bangunan tu dah jadi 'hitam' ttp kerana dlm konteks kerajaan sebuah negara juga turut mengambil bahagian dlm kempen mengurangkan pemanasan global nih. ok le tuh!!. jadi bukanlah ni satu benda yg kecil...ini adalah berkenaan 'masa depan' yg akan kita 'hulurkan' kpd pewaris kita. kpd anak-cucu kita. kita kena 'start somewhere'...kena kita mulakan walaupun kelihatannya sekelumit kecil. mcm pepatah cina kata "perjalanan beribu batu bermula dgn satu langkah kecil"...wallahualam.

8 comments:

Tie said...

Hm....Tie bukannya tak suka saranan bergelap ni...malah memang sentiasa memastikan penggunaan tenaga elektrik dipantau agar tidak membazir.

Namun alangkah baiknya kiranya kita umat Islam melakukan sesuatu, menunjukkan sikap kita yang bersatu, dalam menangani isu2 remaja, murtad dan penakhlukan dan penindasan ke atas negara2 islam yang lain. Entahlah.....

nahmy said...

tie..
t.kasih atas komen & feedback. ginila..sbg org islam selagi hidup kita tak mungkin akan membiarkan saudara kita di mana pun mrk berada ditindas & dizalimi. kita mungkin tak dpt berkumpul beramai-ramai, mendaftar nama, beli senjata & kemudian terus pergi ke Gaza, Afghanistan & seumpamanya. sebab? walaupun ramai yg nak tp kerajaan tak akan membenarkan.

jd maknanya kemampuan kita takde. tapi kemahuan ttp membara di hati...maka teruskanlah dgn baraan itu...insyaAllah Allah mengetahui.

isu sekrg ialah adakah kita nak salahkan musuh islam yg mmg dah termaktub yg mrk akan memusuhi islam atau kita nak salahkan org islam kita sendiri yg membenarkan musuh-musuh islam itu sendiri berleluasa menindas & menzalimi org islam sendiri? yg mana satu yg perlu diperangi dahulu??

mcm di negara kita sendiri mcmmana org islam boleh tengok islam sendiri hancus. generasi mudanya ranap? dgn gejala dadah...seks bebas, rempit, rasuah. tak pelik ke kita bila tengok majlis amal mengumpul dana utk saudara kita di Gaza dgn cara berparti, menyanyi-nyanyi... bergaul lelaki perempuan. mrk dah seronok dgn ideologi "niat menghalalkan cara". jadi yg mana satu menjadi keutamaan utk kita perangi?

tidaklah saya nak kata kempen kurangkan pemanasan global ini diterajui oleh musuh-musuh islam lalu kita yg islam ni berpakat-pakat menurutinya. siapa yg menerajuinya mmg saya tak tahu..tp yg saya tahu bumi yg samalah yg akan kita wariskan kpd anak-cucu kita sama seperti mrk yg bukan islam hatta musuh-musuh islam itu sendiri kpd anak-cucu mrk...wallahualam.

Iliana said...

salam..

nk tumpang sekaki bg komentar..
betul tu, dalam Islam, tak semestinya musuh itu kita tolak awal2..dalam Islam turut menyarankan kita utk ambil segala yg baik..jdnya, sokong global hour xsemestinya bermakna kita menentang atau melupakan Islam kan..

zaman skrg ni, serampang dua mata harus dikembalikan..

DrSam said...

yang baik dan memberi menafaat untuk sejagat, saya memang sokong.

Tahniah rakyat Malaysia!

KTS said...

semoga ada manfaatnya kita bergelap...

Islam dah lama suruh kita berjimat...
umat Islam je buat2 tak nmpk hal ni...

Unknown said...

ermm... sesuatu yang besar bermula dgn yg kecil.... :)

nahmy said...

cik iliana...
bener tu sih...Allah & Rasul ttp di hati..

Doc Sam..
gitule kita hendaknya sentiasa..

cik kutaksemp..
tidakkah membazir itu amalam syaitan?

cik conf..
kecil tp berterusan adalah 14 juta kali lebih baik dr besar lepas tu terhenti..

Ibnurashidi said...

Salam...

Semoga Allah SWT menyuluh hati umat Islam dengan cahaya keimanan dan ketakwaan. Menjauhi jiwa yang diselubungi kegelapan.