Tuesday, April 07, 2009

semakin dekat datangnya yg ke 3

assalamualaikum...

bilamana isteri bertanya, "dah ready ke?...tinggal 9 minggu je ni". maka kegelabahan diri saya juga terus bermula. memangle ini anak yg ke 3, dah dua orang anak sebagai pengalaman...namun 'kegelabahan' atau mungkin sedikit runsing di benak kecil ini tetap ada. orang lain mungkin tak macam saya...tapi lain orang lainle caranya. sempena dgn kedatangan 'orang baru', pencarian untuk tempat melahirkannya juga telah turut bermula.

kesempatan cuti ini, saya dan isteri berjalan-jalanle mencari tempat bersalin. kalau dulu kami di Bukit Antarabangsa..maka tempatnya di Taman Melawati tapi bila dah ke Rawang ni kenalah cari yg disekitar-sekitar sini. isteri pulak bukan tak mahu di hospital kerajaan tapi dia nakkan doktor wanita...kalau di hospital/pusat bersalin swasta ni boleh le kita 'tempah' masukkan dlm pakej tapi kalu di hospital kerajaan mungkin sedikit payah. kita org lelaki bila bab-bab camni...ikutkan je le.

payah juga nak menyorokkan 'runsing kecil' tu...sebab demi terlihat tempat bersalin tu degupan jantung macam jadi cepat pulak dan muka pun turut sedikit berubah. bila si isteri tengok je...dia mesti tersengih. ye le...dia yg nak melahirkan kita pulak yg 'gelabah'. tapi takke itu tandanya yg kita ni 'spesis' yg bertanggung-jawab?....heh..he..he. apapun, doa saya agar yg ketiga ini lagi Allah permudahkan proses kelahirannya (tak payahle dlm keta mcm kak ngah dia!). mudah anak dilahirkan & mudah ibu yg melahirkan...amin. wallahualam.

8 comments:

Tirana said...

Wah Nahmy nak dapat anak baru rupanya...mesti berdebar sakan..hehehe..saya bernasib baik kerana suami seorang doktor..anak kedua dia sambut sendiri..Anak-anak yang lain..dia minta tolong pada kawan-kawan doktor yang perempuan. Saya sebagai perempuan, memang malu la nak bersalin kat doktor lelaki..tak sanggup rasanya..kalau suami sendiri tu tak kisah la kan..

Mudah-mudahan selamat semuanya..berdoa banyak2...

iina said...

Insyallah saya doakan semuanya berjalan dengan baik dan selamat hendaknya.. amin

Unknown said...

eheh.. gabra yek?? heheheh.. selalu camtuh, sang ayahlak gabra lebih..

insyaAllah.. semua akan berjalan lancar..

Zul-Elle said...

Salam tuan...,

Tahniah le bakal meraikan kehadiran yang ketiga.

Hamba pulak dalam debar dan sabar (insyaAllah) nunggu yang kelima, ujung bulan lima, cukup le kouta kerajaan lima sahaja! Mujur maknya tak ngidam nak buah delima!

Dearie Pearls said...

Salam kunjung mengunjung..
huhu..
Yang belum pernah nak maelahirkan baby, bila ternampak rakaman ibu melahirkan baby, kecut perut.

Mcm payah dan menyakitkan..
Tabik spring ngn ibu2 di luar sana..

Selamat bersedia ea?

KTS said...

semoga semuanya selamat...

aduhhh.. seeronoknya dpt anak kecil...

Yunus Badawi said...

dah dapat ke tempat bersalin? Selalunya kita kena buat check up kat tempat tu sebelum mereka benarkan register utk bersalin kan?

Semoga semuanya selamat. Dah tahu jantina anak yg ke3 ni ke?

nahmy said...

tirana...
mcm tu lah kisah isteri saya...tak mahu bersalin dgn doktor lelaki(selagi bolehlah). berdebar? mmg berdebar...

iina..
syukran atas doa..

cik conf..
inilah antara ujian getir si ayah..

tuan Zul-elle..
terima kasih..biorkanle kuota 'terbuka'..wlupun getir..esok2 mungkin nak tambah lg...hehehe..

cik Pearl..
insyaAllah...setiap insan bernama ibu akan melaluinya..dan mmg nak cuba try bersedia nih...

cik kutaksemp..
seronok? mmg seronok dan inilah dia yg dipanggil 'eustress'..stress yg menyeronokkan

pak YB..
rasa mcm dah jumpa...jantina? belum tahulah..sbb dia malu2 (membelakangkan) scanner tu..

p/s: kpd rakan2 blogger...syukran jazakallah..& terima kasih atas kata2 peransang dan doa. kurang sikit rungsing tu...