Friday, May 29, 2009

kenapale sampai camni jadinye??

assalamualaikum...

wahh!! semakin daring nampaknya golongan-golongan ahlong ni. punye daring sampai diaorang boleh buat penjara sendiri la. diorang jadi tukang tangkap (polis), dia orang jadi pendakwa, diorang jadi hakim, dia orang jadi kerani mahkamah dan kemudian diorang juga yg jadi wardar penjara. bukan setakat jadi ahlong je!



diaorang ada undang-undang sendiri le. tapi yg muyskil dan amat sgt musykil ialah samada yg 'ditangkap' tu benar-benar bersalah atau tidak. rasanya yg ditangkap tu kalau setakat terberhutang antara rm1,500 ke rm4,000 tu takde le besar sgt 'dosa' atau kesalahannya. lagipun puak-puak ahlong ni juga yg sibuk menampal poster ke hulu ke hilir, menabur business card, berkoyan-koyan buat iklan dlm suratkhabr hanya utk mencari client kan? alih-alih bila dah dpt client...dan sbb termiss bayor, dipenjarakan pulak client tu. terer bebenorle puak-puak ahlong ni.

entahle...aktiviti ni sebenornya payah nak kata sapa plak yg silap. nak kata si ahlong seratus peratus tak bole gak...sbb kalau takde demand camn nak ada supply? tapi camna boleh tercetusnya demand tuh? haaahh...yg tu kita kena tanya puak-puak institusi-institusi kewangan yg besor, teguh & sombong tuh (walaupun tak semua). kalau kita belajar ilmu mantik akhirnya persoalan ni kita kena tanya plak kerajaan...hahh? camna tuh?? saya mmg tak terjawab...jadi tukang tanya soalan je bolehla. apapun yg sama-sama kita mungkin boleh buat ialah jum le kita renungkannya sedlm-dlmnya...wallahualam.

6 comments:

Anonymous said...

Kesian, kan....

Mangsa tu silap juga... tapi kalau dah terdesak, entahlah...

Mujurlah tak dicacatkan... ahlong tu dah semakin berani.. dah terlalu ramai, tu yang tak terpantau dibuatnya...

Iliana said...

mungkin ahlong buat begitu bagi mengekalkan imej mereka yang tersedia ada (digeruni). cuba jika mereka buat tidak tahu sahaja, pasti semua orang pun akan meminjam dan lewa begitu sahaja. mangsa itu mungkin medium amaran untuk yang lain juga.

apa pun, mujur mangsa masih sapat menghela nafas.

arsaili said...

salam..a good reminder kat kita ni jgn sekali2 berhutang ngan along

KTS said...

dah byk kes ahlong ni pun, msh ramai yg tak serik...

terdesak sgt kot... jln termudah.. nk pjm kat bank atau kerajaan, byk sgt kerenah

Farid Rashidi said...

Itulah bahananya ekonomi kapitalisme. Riba meraja di mana-mana. Sehinggakan manusia sanggup berlaku zalim kerana duit.

nahmy said...

kayteeze...
gitule. mmg kita kesian menengok ada manusia yg diseksa camtu dan kite lg sgt sedih sbb ada manusia lain yg sanggup melakukan seksaan kpd manusia lain...

iliana..
mmg segalanya mungkin. tp sbb nak jaga imej sampai mendera...itu dah tak boleh terima tu

arsaili...
definitely a good 'wake-up call' for us..

cik kutaksemp..
yg bank-bank pun satu hal gakk...

farid..
makin 'terhimpit' kita dr sehari ke sehari...