Thursday, October 15, 2009

jodoh & perkahwinan...

assalamualaikum...

terpanggil plak nak citer psl jodoh dan perkahwinan. kita selalu tertanya-tanya (terutama untuk yg belum kahwinla) bagaimanakah jodoh kita. kita tahu buat pilihan dalam mencari bakal suami atau isteri tapi adakah pilihan itu akan jadi jodoh kita? yang nama jodoh ni pun susah nak didefinisikan...adakah pasangan yg kita kahwin itu dipanggil jodoh atau pasangan yang kita terus mengahwininya utk sekian lama itu maka dipanggil jodoh? klu istilah kahwin = jodoh maka kalau kena 7-8 kali kahwin-cerai maka 7-8 kalilah jodohnya...camtu ke?



entahlah...mungkin saya salah tapi pada saya bukan jodoh yg jadi perkara pokok tapi perkahwinan itu sebenarnya. sebab itulah agaknya orang-orang tua cakap jodoh pertemuan...maknanya takde pertemuan, takdelah jodoh dan takde jodoh maka takdelah perkahwinan. pertemuan cuma nak initiate pilihan...jodoh untuk mengformalkan ikatan dan kemudian yang terpentingnya adalah perkahwinan (atau kehidupan perkahwinan).



amacam?? ada pening? cuba kalau kita letak perkahwinan itu dipermulaan...takke kelihatannya seperti tok-tok kita kahwin dulu. pertemuan dah jadi perkara last...dan yg pelik wal ajaibnya...selalunya perkahwinan diorang tu last...kalau tak takde le kita sekarang ni kan? jadi sanggupke bagi mereka-mereka yang baru nak kahwin tu ikut cam orang-orang dulu...kahwin, berjodoh dan kemudian baru bertemu? sbb kaedah ini terbukti dapat mengekalkan perkahwinan itu utk satu jangkamasa yang lama. perghh!! payah beb!...saya sendiri pun mungkin tak terikut...(ciss...terasa mcm baru nak kahwin plak!!).

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

gitule...wallahualam.

6 comments:

Maiyah said...

masing2 ada pendapat sendiri, pape pun kalo dah dpt sambar ler cpt2 :D

zai said...

Salam Nahmy..

Sebenarnya ada 4 perkara didalam kehidupan manusia yang menjadi rahsia Allah iaitu jodoh pertemuan, ajal, rezeki dan takdir..yang telah ditentukan oleh Allah ke atas setiap dari kita masing-masing semenjak azali yg tidak kita ketahui dan kita hidup dibumi hanyalah seakan seorang pelakon di atas sebuah pentas lakonan sementara yg melakonkan semula watak yg telah ditakdirkan utk kita semenjak azali tapi Allah mengurniakan pula akal fikiran yg sempurna utk kita berfikir dan membezakan antara baik dan buruknya tentang sesuatu perkara dan meninggalkan pula sunnah Nabi SAW dan mukjizat yg kekal sepanjang zaman iaitu Al-Quran sebagai panduan agar tidak tersasar..

Walaubagaimanapun mudah2an jodoh kita bersama pasangan akan terus berkekalan hendaknya..

Bagi mereka yg dapat merasa jodoh berkali2 itu mungkin boleh dikira kelebihan dan kekurangan yg diberikan oleh Allah utk mereka bermuhasabah diri dan belajar dari kesilapan agar dapat mendidik diri menjadi insan yg lebih baik.

Anonymous said...

kahwin dulu org dahulu lain tp kahwin dulu org sekarang lain...lepas 'kahwin' baru nikah...tp kdg2 ada yg tak nikah...lepas 'kahwin' cerai...

jauhkanlah kita semua dari 'budaya' baru ni...

Unknown said...

macam2 bro skang.. aku pon nek pening nak mengelas

DrSam said...

kalau dah ada jodoh memang tak kemana. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

nahmy said...

maiyah..
betul tu cuma bab sambar tu kena slow & steady le..

zai..
benar & benar..cuma kita tak lihat apa yg telah Dia rancangkan pd kita, itulah masalahnya...selalunya.

anon..
mcm pernah lihat nama ni...kat mana ye...apa pun mmg kita mohon dijauhkan dari disampuk dgn budaya kurafat tuh.

cik conf..
penin skit-skit dahle...jgn sampai migraine.

dr sam..
true doc..kalau dah jodoh idakle ke mane kan?