Thursday, December 31, 2009

selamat tahun baru 2010

assalamualaikum...

esok bermulalah tahun baru masehi 2010. klu nak anggap 'special' akan ketibaan tahun baru ni...maka jadilah dia special, kalau nak anggap 'biasa' maka jadilah ianya biasa, tepuk dada tanyale selera. bagi saya dia cam biasa je...1 hb Januari adalah sama cam hari-hari biasa. keje je bertambah...yeela anak nak mula masuk sekolah balik. sebab mlm ni (mlm tahun baru ni) jatuh mlm Jumaat maka pada sesapa yg suka bersorak-sorai mengira 'countdown' di tgh-tgh malam di tgh-tgh padang atau jalan maka 'slow-slow' sikit le. maklumle malam Jumaat. baca yasin cam selalu di malam Jumaat pun ada gak baguihnye.

saya pun dah malas nak citer psl azam. utk tidak citer psl azam di tahun baru adalah azam saya utk tahun baru kali ini. kali ni saya nak citer psl 'renungan' plak. pasal kita renung-renunglah sikit sebanyak akan apa yg telah kita lakukan atau teerrr-lakukan di tahun 2009 yg akan meninggalkan kita. jadi bila dah kita renung...dan dah tahu banyak ke perkara baguih atau perkara yg kurang baguih yg telah kita tersasul atau memang sengaja buat di tahun 2009 tu maka jadikanlah ia sebagai 'panduan' utk kita melangkah ke tahun baru plak.

gitule...saya pun memang dok buat camtu. setidak-tidaknya dapatlah kita 'check' sikit-sebanyak tentang diri kita. yess...mmg bygone is bygone kata omputih...tp kalau kita dok buat the same mistake twice..pun dah kira tak comel jugak kan?? sanggupke jolok tangan ke lubang yg sama yg telah kita kena patuk dek ular masa jolok kali pertama tadi?? lagi sekali....tepuk dada tanyale selera....wallahualam.

5 comments:

Afida Anuar said...

Masih ramai je yang pi sambut kat klcc..dataran..n mana2 jek la.. yang ramai nya sapa? orang melayu jugak..alahaiii....

nahmy, betul....kalau kita renung mistake yg kita dah buat pada tahun 2009..takkan nk buat benda sama lagi kan?

PS: sy tak nak 'panjat' tinggi2 lagi tahun depan.. sekali jatuh hari tu...sakitt woooooo..

Salam tahun baru buat nahmy sekeluarga..moga sihat sejahtera hendaknya..

Tie said...

Bagi Tie tak ada apa yang nak disambut. Cuma inginkan yang terbaik buat kita semua pada tahun 2010.

Yunus Badawi said...

yg paling ramai kat dataran merdeka malam tadi org Melayu kita. Apalah nak jadi?

DrSam said...

Salam tahun 2010. Harap petrol tak naik melambung tahun ni.

nahmy said...

afida...
tiap2 tahun camtu le jadinya. ntah apa sgt yg dicari tak tahu la plak...

tie..
saya pun camtu jugak kak..

YB...
apa nak jadi - apa nak jadi?...cam lagu S.M Salim plak

Dr Sam..
phew!...runsing gak bila memikirkannya...