Monday, November 23, 2009

Salam Aidil Adha

assalamualaikum...

sebelum terlupa, kpd rakan-rakan blogger atau sesiapa saja yg membaca yg beragama Islam...saya sekeluarga mengucapkan...


SALAM AIDIL ADHA 10 ZULHIJJAH 1430.










semoga setiap pengorbanan demi keranaNya diterimaNya...insyaAllah.

Wednesday, November 18, 2009

larrr...camtu rupanya

assalamualaikum...

di pagi selasa yg indah,


sipolan
sending sms - "wah! bro...gambor ko kuar metro hari ni la"

seketika kemudian..

sipolan
"halo, wa'alaikumsalam...iyee, aku baru baca kat metro, sambil tgh
breakfast ni ha"

bro farid
"aku tgh kena curfew..kat K.K. hensem ke gambor aku tuh?"

sipolan
"hensemle jugak...gambor ramai-ramai dgn crew Raja Lawak. ko tgh
berdiri kat belakang dok sandang haversack ko tu. erh?? ko kena
curfew? apahal plak? ko ada menjalankan kegiatan subversif ke kat K.K?"

bro farid
"takdela...aku tak dpt balik K.L, sbb tak boleh naik flight"

sipolan
"tak boleh naik flight?? apsal plak...ko bukan mengandung 7-8 bulan pun...yg aku tau jantina ko pun lelaki kan?...kan?"

bro farid
"kah..kah...kah, aku pun rasa yg aku ni berjantina lelaki. tapi ni sbb lainlah. sebab sakit mata".

sipolan
"ooo'aa laa...sakit mata rupanya. mana plak ko dpt sakit mata ni? abis member sekerja yg lain ko dapat plak balik K.L?"

bro farid
"itula...aku sorang je kena tahan ni.yg lain dpt balik. aku dpt dr anak aku kat rumah. masa dtg sini tak berapa teruk pastu masa nak balik aku pakailah spek panca sitara. tapi masa check-in nak masuk lorong ke flight tu tetiba ada steward suruh tanggalkan. ada ke dia kata - encik kat dlm flight takde silau-silau...tak ada cahaya pun..tak payahlah pakai spek tu. aku pun dgn rasa besar kemaluan tanggalkan je le spek tu. terus le diaorng tahan tak bagi naik flight...pastu suruh aku check doktor dan lepak 3-4 hari makan ubat. bila dah rasa baik pergi check doktor balik utk sahkan boleh naik flight".

sipolan
"yeela..diorng bukan risau kat ko tapi takut penumpang lain kena jangkit sama. abis...ko stay kat K.K tu company flight bayorkan ke?"

bro farid
"company aku kerjale bayorkan...sian diorang. tapi nak buat camna aku memang pekerja kesayangan...kenale diorang bayorkan".

sipolan
"camtu takpele...ko relax le kat K.K tu jap...tapi sian le kat anak-anak ko. dahle sakit mata papa jauh plak".

bro farid
"camtu le citer sadis aku nih. tapi aku nak call org umah aku suruh beli metro pastu framekan gambor hensem giler aku tu...bukan senang nak masuk paper brooo...".

sipolan
"hah...yg tu aku setuju...pastu nanti aku tulun2 le klu ada masa hebahkan pada bos-bos lama dan dgn member...supaya naik lagi saham ko tu."

bro farid
"ok bro...nanti sampai K.L kita sambung".

sipolan
"okla..klu dah satu keluarga sakit mata...mungkin ada anak-anak ko yg besar nanti jadi mata-mata. ok bro..."


p/s: citer ini adalah satu citer benar. yg melibatkan sipolan dgn bro farid shj (tidak berkait dgn yg lain samada yg masih hidup atau yg telah tiada) tapi sedikit 'special effect' telah ditambah utk memperisakan lagi alunan citernya...wallahualam.

Sunday, November 15, 2009

the weekend session

assalamualaikum...

it's been a one hectic but enjoyable weekend. brought my parent visiting one of the uncles upon his departure for pilgrimage. confirming the registration of my daughter for her Sekolah Agama. accompanying my other half - shopping for groceries, also my son for his sport’s day. done some 'cangkuling' for our back lawn. attended the 'makan-makan' at my other half’s officemate house. paying debts and bills thru online despite done with the first lesson of teaching the youngest on how to say 'Abah'.


after updating this blog, I might just sit back and watching AFC (Asian Food Channel). consequently, the weekend session will highly-likely end-up with me asking my other half to be the masseur, and after that to paste few 'koyok panas' onto all over my back. maaannn.....ages has definitely gobble-up my energetic-restless well-being. oh well...as long I’m young at heart with good functioning brain, I’m still okay. furthermore, He still blessed me with the good health condition;...Alhamdulillah for that.

I know for many of you out there, there’s no special thing about my weekend session. but, being human these are all that I’m able to come out with. certain people ought to do less than this and for some, this seem so insufficient. it’s all up to you folks. it certainly depends to eyes of the beholder. as I said, for me....as me 'being human'...or maybe, being 'normal-everyday human'. it also doesn’t mean that I’m not willing to do something extra-ordinary things. it just that I need to do 'simple things perfectly' first before I can reach at 'doing complicated things rightly' ...wallahualam.

Thursday, November 05, 2009

tergolek, terlentang & tertiarap

assalamualaikum...

ini anak saya. hakmilik? Dia yg punya...tapi bab anak, dia anak saya. nama dia Zahra. umur pun baru nak masuk 5 bulan. cerita pasal dia dilahirkan ada dalam artikel saya yg lepas. skrg dia dah pandai tergolek pastu dia tertiarap pastu dia tergolek dan terlentang balik. saya pun pandai buat camtu. bila dia buat camtu semua orang suka tengok tapi bila abah dia buat...semua orang pandang kat arah lain. tak paham saya.





sekarang dia dah 'berisi'. bukan ilmu di dada...tapi keadaan badan dia. walaupun belum bagi makan apa-apa lagi...cuma susu, susu dan susu. tapi takpe apapun janji dia sihat udahle. skrg kawan baik dia...adalah kakak & abang dia. kemudian emak dia. abah dia? dia buat tak reti je. takpe..bila dia pandai cakap nanti barulah abah dia jadi penting kat dia...yeela bila nak mintak macam-macam. itu jam mahu abah dia jual mahal...hehh!





sekarang, dia masih si puteri bongsu. esok-esok, tahun-tahun akan datang tak tahulah saya. saya tak jamin gelaran 'puteri bongsu' ni akan kekal dia yg punya. itu Dia yang atur. apapun utk sekarang jangan ganggu gelaran tu dulu. biarle dia yang pegang dulu. dia sekarang nih memang jadi tumpuan...pipi cembol dia tu nasib baik tak penyet dicium orang. saya kekadang sedih sbb pipi lembut tu jadi 'mangsa'. lagi sekali saya heran sbb apa pipi abah dia orang ramai buat tak peduli...padahal pipi abah dia lebih 'heavy duty', mantap dan kenyal. herrmm...entahle...wallahualam.

Monday, November 02, 2009

deruan angin Desaru

assalamualaikum...

tiga hari bermula Jumaat lepas saya ke Desaru. bersama menemani rakan-rakan 'trainer' untuk tugas melatih. peserta kali ini adalah dari Island & Peninsula. 17 orang semuanya. uniknya utk kali ini ialah pihak pengurusan I & P meminta di adakan task melakukan jualan ala 'amazing race'. alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan kumpulan Fiasco diumumkan sbg pemenang.





























kakitangan I & P ni adalah semuanya dari Johor Bahru. berbagai peringkat umur, dari yg senior mahupun yg junior. rata-rata mereka mmg merupakan pejuang. berjuang habis-habisan untuk menghabiskan barangan jualan dengan mengumpulkan keuntungan sehabis banyak. semoga selepas ini perjuangan melakukan jualan untuk organisasi mereka akan mereka terus perhebatkan.

























di akhir sesi latihan, mereka diminta melepaskan perasaan 'negatif' yg ada sesama mereka dan alhamdulillah....dlm suasana penuh emosi mereka dapat melakukannya. ya...untuk pergi lebih jauh, untuk maju, segala 'negative factors' perlulah dulu dihumban jauh-jauh...barulah minda, fizikal & spiritual menjadi lebih ringan dan mudah utk melakukan pengembaraan ke arah destinasi 'lebih hebat' itu. lagi sekali syabas kpd mereka...utk saya pula, spt biasa 'sengal' di tumit kiri masih terasa....wallahualam.