Friday, January 08, 2010

langkah memantau suami oleh isteri??

assalamualaikum...

salam Jumaat. hahahaa...we should've this in Malaysia!. itulah saja benda yg mula-mula terlintas di fikiran saya. tempat untuk para suami (atau bapak-bapak) lepak bila menemani isteri (atau para ibu) pergi membeli-belah atau menyelesaikan urusan 'keperempuanan' mereka. cuma di Malaysia tak perlulah dibuat dlm konsep pub...nanti jadi benda lain plak. isteri-isteri dan ibu-ibu pun tentu suka sebab senang nak cari balik si suami bila dah habis shopping atau selesai dgn kerja mereka. takde le si suami itu 'hilang' tak tentu pasal sampai susah nak cari. bahkan si suami mungkin boleh jadi 'mithali' dlm bab menemani si isteri pergi shopping tu.














kalau boleh dlm kindergarten utk suami tu...adakan plak program-program ceramah atau kaunseling yg dapat meningkatkan 'peranan' suami tu kepada yg lebih hebat lagi. gelonsor, lego, papan dam jgn letaklah. sebab suami memang suka bebenda camtu....nanti si isteri tak 'letakkan' dia kat manergarten tu...dia plak pergi sendiri...hah!! haruuu...

kalau kena caj bayaran lagi baik (walaupun ia ditampung oleh si isteri). sebab? bila ada kena caj dah tentulah ada 'guard' yg jaga tempat tu...maka si suami tak bolehle merayap keluar dari manergarten tu ikut suka hati dia je. tapi jgnla letak guard 'wanita' plak...nanti benda lain pada si suami plak yg 'merayap'. amacam?? setuju? bagi saya yg selalu 'terperangkap' bila menemani isteri pergi shopping memang setuju habis...wallahualam

6 comments:

Tirana said...

Senang2 letak rantai aje kat kaki dia..lepas tu tambat kat tiang..sah, dia tak boleh pi ke mana-mana..hehehe

Yunus Badawi said...

Ada isteri yg mahu suami mereka menemankan mereka shopping. Senang nak tanya barang yg dipilih itu sesuai ke tidak. (yg sebenarnya mereka nakkan perhatian dari kita masa shopping tu)

Tie said...

Ha ha .. kelakor betul saranan Tirana.

Kalau lepak di kedai kopi tak salahnya.

Tapi kan.. lebih elok suami ikut sama, terutama ketika beli barang dapur dan pakaian anak-anak.

Barulah dia tahu tentang harga barang, jenama yang dipercayai dan yang sesuai untuk kegunaan keluarga sendiri. Kadang2 terpaksa belikan ketika isteri tidak berkesempatan. Jadi tak la tersalah beli.... :)

Zul-Elle said...

"...kalau boleh dlm kindergarten utk suami tu...adakan plak program-program ceramah atau kaunseling yg dapat meningkatkan 'peranan' suami tu kepada yg lebih hebat lagi..."

Ya, saya agak setuju dgn tuan!

Klu ada ruang kesempatan dan peluang yg terbentang, elok kiranya kita hadir ke kursus2 post-perkahwinan, sesi2 kaunseling keibubapaan ni... bukan apa, terkadang kita banyak terlepas pandang atau keciciran dlm. beberapa hal yg. agak penting dlm. meladeni hidup berumahtangga, dak gitu!

Rozita said...

sy suka shopping sendiri

nahmy said...

tirana..
amboi-amboi ikut suka je ye...betul ke sanggup buat kat suami camtu??

YB...
yep YB...bab beli benda keperluan keluarga tu kira ok le tapi bebenda 'pompuan' tu yg kureeeng sikit!

tie...
jg sesekali ditiru apa yg disarankan oleh tirana tu...dosa tauuu!

zul-elle..
klu keta pun kena 'servis' apatah lagi kita manusia ni kan?

rozita..
lagi senang camtu kan?...apa nak beli, apa citarasa...ikut sesuai kita je..