Friday, February 05, 2010

ini buah mai lagi...

assalamualaikum...

salam Jumaat. ini buah sudah mai lagi. saya pun baru 'tangkap' sekotak kecik...macam-macam rasa ada dlm sekotak tu..cuma masin je yg tak de. setakat tawar, manis, masam dan kelat memang ada. yeelaa...beli pun yg murah je...yg gred berapa pun tak tahu le. camana pun...tiap-tiap tahun kami memang tak lupa untuk beli dan menikmatinya. kalau kena yg manis tu memang syok, kena plak yg ada 'jus' byk...memang syok! yg kecil comel pun pun ada byk terjual, anak yg nombor dua memang suka yg kecik tu...tapi sbb yg lain tak suka (susah nak kopek & selalunya masam) maka yg besar le yg selalunya kami beli.






khasiat yg setahu saya cumale Vit C, mungkin yg lain ada...tapi asal buah je dah kira ok le tuh cuma tak bolehle makan byk-byk takut perut meragam plak. sekarang memang tengah musim, tgh berlambak-lambak sebab raya Cina nak datang dah ni. itulah baguihnya duduk kat M'sia ni, perbezaan itulah yg memberikan byk kelebihan. bukanlah maknanya kita nak ikut 'beraya' sakan ikut bangsa-bangsa lain tu beraya...tp kita tumpang gembira sikit-sikit je dah le. paling tidak...banyak hari cuti umum. pastu byk plak makanan-makanan yg berbagai ragam dan jenis. kan ke meriah gituuu...

jadi, tangkaple buah limau tu kalau tak sekotak-dua mungkin sebiji-dua. bukan apa sekali dia melimpah-limpah di pasaran camni dah tentulah harganya pun turut murah. Vit C pun kita dapat di samping menggiatkan 'ekonomi' negara kita ni. insyaAllah klu Vit C tu cukup di badan (seperti anak-anak kita) demam, selsema dan batuk juga insyaAllah boleh kita elakkan...manalah tahu kan. ikhtiar dan usaha kena buat juga...wallahualam.

8 comments:

Tirana said...

Saya pun suka buah ni...sekarang ni tengah musim dia sebab dah dekat raya cina.

Faridrashidi.Com said...

Bagus makan limau time musim sejuk.

KTS said...

dah 4 kotak abis kat umah ni..
Bapak mmg hantu limau... sekotak tu, sekejap je dia kerjakan..

.
.


tapi hati2 ngan limau cina ni, byk letak ubat nak suruh tahan lama...

Rozita said...

oh..smlm baru akak dpt 2 biji. kawan bagi. beli belum lg..

Afida Anuar said...

Uishh nak beli la 2 kotak..bawak balik kg nnti raya cina....makan ramai2 bestt!!!

Maiyah said...

suka makan buah yg manis

DrSam said...

memang bagus makan limau dan menambahkan kandungan vitamin C dalam badan. Bagusnya sebelum makan basuh dahulu kulitnya betul-betul, sebab bahan pengawet (yang mengawal tempoh masak buah) yang terlekat pada kulit tu yang selalu buat kita sakit tekak dan batuk-batuk.

nahmy said...

tirana..
itu yg best tu

ust farid..
ingatkan sejuk2 mkn durian lg best

cik KTS..
tima kasih atas nasihat 'hati-hati' tu

rozita..
aikk kak?? 2 biji mana cukup!

afida..
klu 2 kotak besor...lagi baik gitu...sekampung boleh mkn sekali

maiyah..
saya pun pilih yg 'manis' je

dr sam..
ok doc...thanks for the advise