Saturday, April 24, 2010

jangan lupa esok!

assalamualaikum...

kepada orang Hulu Selangor, esok 25 April 2010 akan menjadikan anda rakyat Malaysia yang menjalani kehidupan bebas berdemokrasi. undilah! siapa jua pilihan anda. bagi kami yg belum boleh mengundi ni kami akan tunggu PRU13 nanti, jika umur panjang jumpalah PRU13 tu.

kpd remaja-remaja yg baru dapat lesen mengundi maka selamat mengundi kali pertama diucapkan. jgn bila AFUNDI je tau mengundi...tapi bila mengundi utk masa depan camni tak tahu atau lebih malang lagi 'malas' nak pergi mengundi. perluke kita biarkan org lain yg tentukan hala tuju dan masa depan kita di negara bertuah ni? tidakkah Allah dah kata dlm Quran, "tidak akan diubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yg berusaha mengubahnya". jadi tepuk dada tanyalah kertas undi tu...







saya pun memang tak tahu sgt akan 'permainan politik' ni ttp bila melibatkan masa depan sendiri dan keluarga maka kekadang tu ilham utk membuat keputusan menjadi terang, jelas dan nyata. bukan setakat masa depan lahiriah yg dicari yg rohaniah juga sgt penting....sbb jujurnya saya tidaklah mahu anak-anak esok terdampar di daerah yg bukan saja boleh 'melukakan' fizikal tubuh badan mereka ttp juga di daerah yg boleh melukakan sama-sekali aqidah mereka....wallahualam.

9 comments:

Abd Razak said...

Salam...

Selamat mengundi kepada yang layak mengundi di kawasan yang disebut. Pilihlah yang layak memimpin bukan orang yang meminta-minta utk jadi pemimpin.

Yunus Badawi said...

Salam nahmy.

Kalau ada pilihanraya kecil di kawasan saya ni bagus juga. Macam2 boleh dapat dgn segera hehehe

Anonymous said...

salam my bro..!
Rugi tak balek tgk perang poster depan rumah. Penuh keliling ngumah.
Tpi td noon kawe dah tunai kan tanggungjawab SATU SATUNYA wakil tunggal Tuan HJ M.Y..kat Ulu Yam tu.
Cilik aaa depa...siap dtg umah nak tlg bwk gi tempat ngundi..hebat!
Ala...kaloh jgk..tak logik la 7rat undi reject.Ntah2 salah satunya kawe la...terTICK lak..bkn pangkoh!
Xper..kite tunggu depa nye UiTM konon nak buat jgk kat HULU Selangor tuh..We`ll see.

zue said...

kemenangan brpihak kpd BN. majoriti 1725 undi aje. mmg sengit.

abah aman said...

salam nahmy,
Menang bukan bererti benar, kalah bukan bererti salah.

KTS said...

keputusan dah muktamad

.
.

kita tggu la perubahan yg dijanjikan :D

DrSam said...

salam. Yang benar kita sokong, yang batil kita jauhkan.

nahmy said...

abd razak..
w'salam. alhmadulillah..dah selamat pun skrg ni...result pun dah tahu

YB...
itulah sebenarnya kita semua nak...bukan janji-janji manis mrk shj...heheh

sis..
w'salam...yg ko pi tick/right pun apahal laarr...malukan profesion engineer ko je

nahmy said...

zue..
sengit mmg sengit..klu geng yg satu lagi tu dpt kuar TV mcm geng lawan dia tu...mesti lg sengit kan??

abah...
betul...betul..dan betulll..

KTS...
semoga semua janji manis tu akan tertunaiii..

docsam..
betul tu doc...semoga kita semua sentiasa diberikan hidayah-Nya