Saturday, July 10, 2010

nafsu babi...nafsu manusia

assalamualaikum...

sibuk betul 3-4 hari kebelakangan ni pasal pil peransang sex babi tu. rupanya babi ni mmg binatang jenis kuat nafsu sex yek. manusia pun pandai...boleh jumpa aspek positif bab babi ni (positif?..ye ke..??) dan kemudiannya di manipulasikan utk di guna oleh manusia (yg serba kekurangan...hehehe). pada saya walaupun ada hikmahnya Allah jadikan babi itu dan hanya Dia yg tahu sebab-musababnya dan walau dianggap bab 'kuat nafsu' babi tu positif namun tentulah ianya TIDAK sekali-kali untuk golongan muslim. golongan selain golongan muslim - mungkin..

bagaimana kekuatan nafsu ransangan sex babi ni dpt diextract dan kemudian diguna untuk kebaikan kepada golongan bukan muslim memang tak perlu dinafikan cuma bila ianya 'disalah-gunakan' utk 'melentok' dan 'memporak-perandakan' kegadisan si gadis itulah yg menjadi isu besarnya. hatta, walaupun kepada holongan bukan muslim...rasanya gadis-gadis bukan muslim pun tak mahu diperdaya dgn menggunakan 'pil peransang sex babi' ni.

kpd gadis dan wanita samada muslim atau bukan muslim...berwaspadalah sentiasa. selagi jejaka-jejaka durjana ini wujud di sekeliling kita...yg sukakan perkara yg tak elok dan suka pula melakukan benda-benda tak elok pada anda semua maka proses berjaga-jaga dan mengingatkan diri-sendiri hendaklah sentiasa diamalkan. bahkan bila jejaka-jejaka durjana ini berkeliaran, bukan saja gadis dan wanita yg tak selamat bahkan babi-babi juga mungkin 'terancam'....wallahualam

7 comments:

Tirana said...

Sebut babi pun, tekak dah rasa loya..hehehe...

Abd Razak said...

Salam...

Baru-baru ada kawan bagitau ada kajian tentang sesetengah penternak lembu menggunakan kaedah menguntik extract dari otak babi untuk pembesaran yang cepat...

Wallahu'alam..

abah aman said...

salam nahmy,
Kesian babi telah dimanipulasikan oleh manusia. Ini menunjukkan manusia kini sudah lebih hina daripada babi...

Afida Anuar said...

Nauzubillah..moga Allah sentiasa pelihara dari lelaki2 durjana ni..

MaizaC'Joe said...

Salam

Maiza singgah.. thanks singgah blog maiza ya :)

Ya Allah.. klu brcerita bab2 khinzir terasa.. errr... gelinya.. mudah-mudahan sentiasa di lindungi

Tie said...

Ooo... kita dah lama tahu sifat babi ni. Cuma sesetengah manusia ni lebih teruk perangainya dari babi, kan...

nahmy said...

tirana..
ada ke beza sup babi dgn sup khinzir??

abd razak..
saya pun ada dengar benda-benda tu..

abah...
mmg patut kita kesia kat babi dr ksian kat manusia durjana tu

afida..
nauzubillah!...mmg lebih 'babi' lelaki itu dari babi yg diambil hormonnya tu

maiza..
babi mmg kita geli...tapi lelaki durjana tu?..kita patut geram kat diorng tu kan??

tie..
itula yg saya kata lebih babi lelaki itu dari babi sendiri