Saturday, November 13, 2010

hantaran kahwin akan di senaraikan di papan kedua bursa saham malaysia??

assalamualaikum..

sambungan pasal citer org kahwin di fasa akhir 2010 ni. masa ni saja ada 2 orang sepupu saya yg akan melansungkan perkahwinan. yg seorang masa meminang, pihak pompuan kata lapan ribu je (sahaja??) tapi bapak sepupu saya tu kata cukupkanlah jadi sepuluh. saya tak dpt pergi sekali cuma orng tua je yg citer. bila dia citer camtu...ternganga mulut saya, mujur lalat tak masuk. camni punya mak bapak pun ada...punya sayang kat anak! rasanya memang ada mak bapak camni...dan ramai sekarang ni. patut minta murah lagi...atau setidaknya kekal je lapan dan yg dua ribu lagi tu buat sedekah ke...atau jamu makan orng susah ke...lagi banyak pekdahnya. klu camni anak jadi manja le. dahle tu..kos kenduri kendara plak dah tentu dia dan isteri yg tanggung....aduuuhhh...bertuahnya bebudak zaman sekarang ni.



gambor hiasan je nih


masa saya dulu...dahle kahwin tu lambat, masa tu nak kahwin...masa tu plakle tawaran sambung belajar sampai...masa tu juga baru mula kerja baru. ke hulu-ke hilir cari duit...nasib baik dapat...kalau tak sambung bujang le lagi. klu tak kerana umur dah lanjut..pasti sambung bujang lagi tu...

yg seorang lagi sepupu lelaki tu...dapat org utara. hantarannya..menjadikan mulut saya ternganga utk kali ke lapan belas. sebelas ribu...(sahaja gakk??)pelikla sekarang macam dah trend plak...sederhana je dahle. bukan perkahwinan tu yg benda utamanya..tapi kehidupan semasa berkahwin tu yg paling penting.

teringat citer seorng ustaz yg ceramah di surau tempat saya...dia kata pak mertua dia buat kenduri sepuluh ekor ayam je utk kenduri kahwin dia dan isteri dulu. bila dah beberapa tahun kahwin dia tanya bapa mertua dia kenapa buat ayam sepuluh ekor je? pak mertua dia cakap,"sebab ko bagi hantaran rm500 je". terkedu gak dia dengor...tapi alhamdulillah tujuh orang cucu pak mertua dpt dari dia dan isteri. jadi moralnya...bersederhana dahle. mudah dan ringkaskan je...kekadang tu 'grand' tak memasal..pakai duit ratus ribu tapi kahwin dua bulan je...pikir-pikirle...wallahualam.

3 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Setakat ni saya belum ada lagi dapat jemputan kahwin, pastinya selepas hari raya qorban ni akan datanglah ia berkeping-keping :)

Afida Anuar said...

Salam Nahmy...setuju sangat2...

eh bukan setuju sebelas ribu tu, setuju orang sekarang mcm nak jual anak je kalau bab hantaran...

Kahwin tu patutnya mudah je, tapi sekarang disusahkan dengan isu2 begini la...haihh..

nahmy said...

w'salam..tuan abd razak
insyaAllah tak lama lg dpt le tu kad-kad jemputan

afida..
tapi itulah hakikatnya di zaman sekarang..atau di akhir zaman!