Tuesday, March 29, 2011

'cycle' kedua...sanggup bro??

assalamualaikum...

kesinambungan dari diskusi pendek bersama seorang rakan yg berkisar di topik kenapa orang suka kata org lelaki suka kahwin lebih dari sorang? betul ke? sbg lelaki saya tak nafikan mmg kiteorng lelaki suka kahwin dr seorng. tapi sbg lelaki juga saya nak kata tak semua lelaki suka kahwin lebih dr seorang. mmg itu sunnah....tp byk lg sunnah yg boleh diikuti.





kekadang terpikir saya, bila seorang itu dah bergelar suami, kemudian dia bergelar pula bapa dan kekadang ramai anaknya. dan bg bapa yg bertanggungjawab nak cari makan-pakai, besarkan anak dan keluarga bukan kecik punya tanggungjawab. besar, memerlukan pengorbanan, penat dan tercungap juga nak memikul tugas tu. sbb tu kata rakan tu...bg bapa yg camni nak pusing lagi satu 'cycle' dgn isteri 'muda' mmg dia dah tak sanggup.

mmg ramai kaum bapa yg nak beristeri muda tak sanggup bab ni, maka mereka 'sejukkan' le cita-cita tu. tapi ini mungkin bagi 'suami' yang betanggungjawab le...bagi yg tak tahan gelojak nafsu...rasanya tak pikir tu semua. dia tergedik sakan nak kahwin je tapi bab nak pusing 'cycle' tu dgn bini muda dia tak nak. eehk! kalau camtu kan kesian plak kat bini muda tu. dia pun ada naluri utk berkeluarga, nak ada anak dan terhingin gak bergelar ibu. jd camna?

jawapannya, rasanya tak ada yg 'definite'. klu dah Allah kata boleh maka bolehlah jawapnya. perancangan tu pandai-pandaila buat. dah sanggup jadi suami utk bini muda maka kenalah sanggup untuk jadi bapa 'muda' pada anak-anak 'baru' nanti. tak larat nak kejar anak-anak kecil sbb dah 'berumur' tak bolehlah dijadikan alasan. kalau yg 'satu' tu larat kenalah larat yg lain juga. maknanya tak bolehlah terhad pada setakat dapat 'meredakan' ransangan nafsu saja...tanggungjawab seterusnya kenalah pikul gak. dia datang 'in-package' kan. tapi ni hanyalah pendapat peribadi takde kena-mengena dengan yg hidup atau yg telah pergi yekk!...wallahualam.

9 comments:

Anonymous said...

Haha..

Itu lah. Sesekali kami terserempak dengan seorang pakcik (baya-baya ayah kita), sibuk bawa anak, nak antar tadika. Sedangkan masa tu seharusnya dapat berehat, menikmati sisa-sisa usia emas.

Dan isteri tuanya seronok bersama anak-anak yang dewasa yang bekerja, dibawa bercuti (takkan nak bawa bapa dengan isteri mudanya tu...)..

Biasanya lelaki yang buka cawangan baru ni, akan menyebabkan hubungan renggang dengan anak2 dari isteri pertama . Anak-anak akan fikir yang bapanya tak sayangkan ibu mereka.

zue said...

as-salam nahmy,
x ada isteri yg sanggup bermadu sbb madu tu akhirnya mmbawa kpd hempedu.
bagi isteri2 yg kononnya nak payung mas diakhirat sanggup memberi keizinan kpd suaminya padahal hatinya hanya tuhan yg tahu.
selalunya yg bukak cawangan baru ni bila dah senang...dia lupa waktu susah dgn isteri pertama...

shameel Iskandar said...

konsep poligami sering di slaah erti. Poligamai sebenarnya bermatlamat menyelatkan jnada-janda dan anak-anak yatim. Tapi hari ini ramai golongan yg berkelayakan dri segi harta berpoligami dgn artis2 muda yg sebaya dgn anak cucunya.

p/s = tertarik dgn buku ustaz cahayadi takariawan berjudul Bahagiakan dirimu dgn satu isteri

Afida Anuar said...

Teringat kat ustaz amirul minggu lepas...

hehe..susah woo nahmy, kat mulut boleh la kata ok. Tapi kat dalam hati..Allahuakbar, Allah je la yang tahu..

abah aman said...

salam nahmy,
Bukan mudah untuk berlaku adil sebagaimana Rasulullah saw.

DrSam said...

waduh pak...sorang pun sudah tak larat bagai nak rak dan patah pinggang dibuatnya (bukan apa sebab dah tua tak larat nak dukung anak dan anak dan anak dan anak... :)

tapi memang setuju bebenor, kalau tak pernah ada niat tu memang bukan lelaki namanye... niat aje le...dengor cerite niat buat baik dan ikut sunnah pun boleh dapat pahale...

shameel Iskandar said...

Tapi saya hairan dgn sesetngah perempuan. mereka sanggup suaminya mempunyai wanita simpanan tapi tidak sanggup kalau suaminya berpoligami

nahmy said...

kayteeze...
gitule..keinginan dan kemampuan kenale setara. cam org tua kata "kalau takut dilanda ombak jgn berumah di tepi pantai"

zue..
betul tu tp kan camana dgn sisuami yg dah kaya dan dah mengkayakan isteri pertama td? dr sisuami menyimpan gundik...

shameel..
benar syeikh...ia sering disalahertikan. tp oleh 'siapa' dan kpd 'siapa'? atau mungkin mrk tahu tp sesaja buat tak tahu

drsam...
gitula doc. biarle 'niat' tu tuhan saja yg merealisasikan. "kita merancang tuhan juga merancang tpkan sebaik2 perancangan adalah perancangan-Nya".

shameel..
syeikh...topik ni sebenarnya panjang. bg yg sebelah pihak mrk selalunya melihat pd 'penganiayaan' tp jarang pada 1. bilangan andartu yg dah semakin ramai. 2. maksiat. 3. kemampuan lelaki dr segi material & pembangunan keluarga. 4. perkahwinan yg dilanda 'kemandulan' dan byk lagi...

ummu said...

assalamualaikum saudara
saya dah saksikan perkhwinan poligami ini...
hanya hati yang tabah dan cekal sahaja berjaya harungi ujian suami berkahwin lagi.
hanya Allah yang tahu keperitan hati bilan dilukai dan ada di antaranya yang menyalahkan takdir,maka ketika itu,kita perlu bantu insan2 ini agar tak salahkan nasib diri