Thursday, March 17, 2011

buah 'jack'

assalamualaikum...

sekarang dah ramai benor yg menjual buah ni. dulu masa saya kecik, buah ni pun kecik je..pastu takde sgt orang endahkan. skrg dah dikomercialkan. hampir setiap penjuru simpang jalan, tepi jalan, pasar tani, pasar malam, pasar siang...dan macam-macam tempat lagi ada org jual buah ni. dan sekarang bermacam spesis pulak. ada jenis madu, ada jenis biasa..apa bezanya pun saya tak tahu. saya beli pastu ngap je...beza rasa cam takde plak.





sekarang buah ni dah besor-besor. di kahwinkan gamaknye. rasa pun ok gak. boleh buat pengat, serghawa, jem tapi makan mentah lagi best. klu makan lebih sikit boleh berpusing 'angin' dalam perut tu. sebab buah ni jenis yg boleh menghasilkan 'angin' jadi pd mereka yg bersama dgn mereka yg suka makan buah ni berwasapda. takut terlepas 'angin'...mahu mabuk pulak yg duduk disekeliling mereka yg makan buah ni tu. tapi 'kehebatan' angin tu bergantung pd 'baunya' saja....jgn khuatir sgt! insyaAllah tiada kesan radioaktif.



orang putih panggil 'jack fruit', entah sebab apa di panggil camtu tak tahulah plak saya. sekarang ada yg di buat kerepek lagi tapi saya dah makan dan rasanya agak kureng kalau banding dgn kerepek pisang dan ubi. tp baguslah 'percubaan' tu. saya suka makan buah ni..cuma mkn tak boleh byk-byk. satu lagi buah ni pun dah masuk terkategori dlm buah-buah tempatan yg dah naik standard...reganya pun boleh tahan gak. tapi cubale buat pengat...pekne plak dgn kopi 'o' di sisi...perkhh! wallahualam.

9 comments:

zue said...

buah 'jack' semakin besor kan...jenis yg madu lagi sedap.

Izzah said...

owh..jack fruit..sedap2.. :)

KTS said...

ada kaitan dgn jacklyn victor tak, rasa2nya


:D

Afida Anuar said...

favourite ni.. tp kalau makan tengok la angin satu badan!..hehe

MAZEMIE MAZ said...

salam,

agak keliru. rasa macam tak biasa tengok jer...

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Buah-buahan tempatan tidak kurang mahalnya dengan buah-buahan impot.

Makanlah buahan tempatan, mudah didapati, senang dicari. Harga pun berkualiti juga.

Terbiasa dengan gelagat teman-teman, yang mahal mesti kualiti bagus. Peliknya, kalau buahan tempatan mahal, tak nak beli pula...

TQ

shameel Iskandar said...

best kalu buat pengat pastu makan buat berbuka puasa. pekena pulak air tuak( nira).

nahmy said...

zue..
tp saya klu mkn tak dpt nak beza madu dgn yg biasa...

izzah..
yepp...mmg sodap!

kts..
jacklyn victor dua pupu sebelah atuk perempuan si jackfruit tu

afida..
klu kita singkirkan dulu angin tu baru mkn buah ok kot?

mazemie...
hahaha...adus bang! mmg buat ni susah nak 'jumpa'

admin p@p..
buah tempatan ni elok tanam sendiri je...lg murah tp bagi rumah yg takde tanah kena beli. yg jadi mahal tu sebab 'peraih' le..

shameel...
buat pengat, pastu mkn dgn air nira?? tak mabuk ke?

TheFusionTea said...

Aslmkum, sedap buah ni.