Monday, March 28, 2011

membantu perjuangan mereka adalah satu dakwah..

assalamualaikum...

sempat saya ke kuliah marghrib malam tadi dan sempat pula di ketika mendengar kuliah memikirkan akan hal-hal kecil ini. melihat mereka menyampaikan ayat-ayat Allah ini terlintas saya bahawa betapa kita perlu lahirkan lebih ramai seperti mereka ini. tanpa kita sedari tersisihnya kita dari landaan berbagai musibah dan bencana adalah kerana ramainya mereka ini di negara kita ini. kerana dakwahnya, kerana penyampaian akan kata-kata Allah dan Rasul-Nya kpd kita ini dan kerana doa mereka ini.

mereka adalah para pendakwah...para 'da'ie', para muallim, para ulama, tok-tok guru, ustaz-ustaz yang 'berpegang' dan 'berperinsip' teguh atas perjuangan hanya utk islam. terdpt dikalangan kita yang melihat mereka sbg golongan kelas bawahan. tapi mereka kebanyakkannya tidak kisah. pd mereka apa yg manusia lihat pd mereka tidak setanding dgn apa yg Allah lihat pd mereka. mereka mementingkan pandangan Allah itu.

mereka hidup atas sumbangan, tidak meminta-minta. mereka percaya bila mereka menolong mendaulatkan agama Allah maka mereka akan perolehi pertolongan dari Allah. mereka yakin akan hakikat ini dan mereka menanam perinsip yg sama pd manusia lain seperti kita. mereka 'berjalan' atas jalan-Nya dan ya, mereka manusia dan mereka juga tidak sepi dr melakukan kesilapan. kita juga boleh menegur mereka.

namun hakikatnya, teguran itu adalah seperti pertolongan kita pd mereka. kita tolong mereka utk kembali mereka dpt pula 'menolong' kita. kita mungkin tidak setanding mereka dlm menyampaikan dakwah tp kita pastinya memperolehi 'bahagian' kita dari Allah bila kita menolong mereka yg menyampaikan kata-kata Allah....wallahualam.

4 comments:

Afida Anuar said...

Lebih kurang macam ni, kalau kita tolong agama Allah, insyaAllah akan akan mudahkan segala jalan yang kita tempuh.. Allahualam..

Izzah said...

selangkah kita dekat dengan Allah seribu langkah Dia menghampiri kita..

Anonymous said...

Hmm....

Orang tabligh ke ?

Tie tak kisah, kalau cara mereka betul, tidak memperkecilkan orang atau menyindiri-yindir atau dengan kata-kata kasar. (ayah ada pengalaman dengan mereka di masjid dekat rumahnya)

Ada sebahagiannya boleh kita terima, alhamdulillah.

nahmy said...

fida...
yep...gitule aturannya.

izzah..
best 'perumpamaan' tu...syukran jazilan.

kayteeze...
kekadang 'niat' tu baik...tp penyampaian mrk plak yg lalok. sbb tulah kita kena tegur juga mrk ni