Friday, March 25, 2011

nak kongsi sedikit info penting

assalamualaikum..

salam hari Jumaat, semoga kita dlm rahmat-Nya insyaAllah. saya nak kongsi benda penting ni. iaitu resepi segera sandwich ayam crunchy.

cara buat senang je.

sapukan minyak atas pan dan pecahkan telur lalu goreng dan hancurkannya (scramble) kemudian goreng nugget ayam dan bila dah masak hiriskan ketulan nugget tu nipis-nipis.
jangkamasa : 5 minit.

pastu amik roti dua keping (utk yg perut kecil) dan sapu sedikit marjerin di dua-dua muka dua keping roti. kemudian bakar 2 roti atas pan atau kuali leper dan bolak-balikkannya.
jangkamasa : 3 minit.

semasa roti tgh dibakar dalam pan tu, letakkan cheese atas roti tu dan susun nugget ayam yg dah dihiris tu atas roti tu (atas salah-satu keping la).
jangkamasa : 2 minit.

taburkan pula scramble egg (telur hancur) atas hiriskan nugget tadi. renjiskan pula 'salt & pepper' sedikit dan juga mayonaise (kpd mereka yg suka) atas scramble egg tu tadi.
jangkamsa : 3 minit.

tangkupkan roti yg tak ada apa-apa atas permukaannya ke roti yg permukaannya banyak 'lauk' tadi. ambil dan dari pan dan letakkan ke atas pinggan.
jangkamsa : 2 minit.

pastu buka mulut perlahan-lahan dan masukkan sandwich ayam tadi ke mulut. gigit, kunyah dan telan (pastikan selepas baca bismillah). ulang tingkahlaku ini sampai habis sandwich tu.
jangkamasa :52 saat!

sandwich ni mudah dibuat. kelainannya ialah 'crunchy' feeling semasa mengunyahnya disebabkan oleh satu nugget dan kedua sebab roti yg di bakar tadi.

kalau nak sedap lagi masa buat 'scramble egg' tadi tu goreng dan campur sekali dgn bawang ke...

jangkamasa buat = 15 minit.
jangkamsa makan = 52 saat sahaja.

selamat mencuba! wallahualam.


p/s : sorry takde gambar sbb komputer marhaen yg baru ni takde kemudahan bluetooth dibekalkan.

4 comments:

Afida Anuar said...

Sempat bajet masa tu Nahmy... betul ke 15 minit? dan makan cuma 52 saat je? he he..

Izzah said...

titibe rasa terliur jer...
mesti sedap kan...
:)

shameel Iskandar said...

kena cuba jugak ni. Tapi cepatnyer kadar mkn, 52 minit jer. Trus telan tanpa kunyah ker. hahaha

nahmy said...

afida..
belum cuba belum tahu...sekali ngap je...kurang dr 52 saat dah abisss..

izzah...
sedap...mmg sodap...lebih2 bila tgh lapar

shameel..
yep bro...cuba jgn tak cuba..