Thursday, June 23, 2011

dilema pembaca marhaen

assalamualaikum..

menggeletar tangan. adakah perlu aku mencapainya? aku bukan dikalangan mereka yg bersemangat waja. bukan juga mempunyai darah pahlawan...yg mengalir deras dipelusuk saraf. aku terhenti sejenak. cuba aku pikirkan dulu. kalau aku ambil...mungkin boleh...tapi membacanya??

ku tarik nafas pendekku. ku hela peluh di dahi. kekadang kurasa seperti perlu juga membacanya...utk menambah ilmu. ilmu? ilmu apa plak tu? yang pasti aku boleh semput...boleh bertambah pendek nafasku yg dah sedia pendek ini. ilmu tu tak tahula aku...tapi info dan pemberitahuan banyak juga di dalamnya. yeela..klu tak susah juga kita nak tahu gula-gula jeli tu ada DNA babi, juga susah nak tahu sosej tu disalut dgn kulit babi dan macam-macam lagi. dan igauan mimpi ngeri seperti citer-citer sadis dan ngeri pun juga mungkin boleh terlekat di otak usangku ini. mengganggu pulak aktiviti kehidupanku. memakukan plak trauma di ingatan. aduuhh...macamana ni?
aku cuba perlahan-lahan berjalan menuju ke rak yg mempamerkannya.

ku tenung dekat2. tapi aku masih tercegat di situ sambil membiarkan diri mencongak-congak...nak amik ke – taknak. nak amik ke – taknak. aku mundur ke tempat dudukku balik. bukan aku ‘mengecut’kan diri..tidak...cuma aku perlu betul-betul membetulkan diri utk benar-benar bersedia mengambil, membayar harganya dan kemudiaaannn...membacanya pula....ooooo

aku tak mahu otak ku terpahat dgn citer-citer isteri potong kemaluan suami,anak tikam sembelih bapa, bapa simbah asid pada anak, isteri baru bersalin dipijak perut oleh suami, atuk rogol cucu, nenek ditikam cucu 24 kali, warga emas di potong telinga sebab anak tak bayar hutang ah long, suami hempas anak, kawan dibunuh dan ditanam, budak sekolah mati berkecai terheret bas, bayi baru dilahirkan dijumpai dihurung semut, bunuh diri selepas bunuh bekas tunang, remaja ramai-ramai membuli rakan, gro mati dijerut,...dan macam-macam lagi...oooooohhh!
-
-
-
-
-

METRO...oh METRO. yaa...maaf aku tak sanggup nak beli dan baca kau! tapi kan....kalau dpt baca free....mungkin aku gagahkan diri membacamu...heh!

10 comments:

Tirana said...

Baca metro online aje la Nahmy..eh ada ke metro online???? hehehe

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Dah lebih 10 tahun saya tak beli surat khabar, tak sanggup nak baca

Maiyah said...

assalam..

sy dah lma x bca srtkbr ni, tgk berita pun dah jrg

Afida Anuar said...

ingatkan beli apa la. Buat saspen je nahmy ni..

saya pun tak pernah beli paper metro ni gak..dulu2 je masa tengah job hunting rajin beli star hari Sabtu;).. tu je la..yg lain, belek2 kat online sudah, tak pun bc yg orang punya..err;)

shameel Iskandar said...

Metro( dan juga kosmo) sgt gemar menjadikan isu2 yg tak sepatutnya sebagai pelaris. isu rogol, khalwat, seks itulah yg dijadikan halaman pertamanya.

ORLANDO AHMAD said...

paper gua hari2 tumpang abac kat pasar je hahah

KTS said...

kawan opis yg selalu bacakan. baca kuat2. aku dongar yo. tu pun seram sejuk

Mutiara Bernilai said...

huhu,metr0 suka buat berita kntrversi,, berita2 yg takut2,,mcm2 ada,,

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Memang ada jenis suratkhabar yang suka mensensasikan berita yang lebih baik didiamkan, Biarkan sahaja pihak bertanggungjawab melaksanakan tugas mereka.

Bila disensasikan sebegini, ia akan menjadi ikutan pula oleh pihak yang pendek akal dan lemah iman.

Serba salah...

TQ

nahmy said...

tirana..
gitule..gamaknya baca yg online je le

abd razak..
w'kumsalam. 10 th tak beli paper? wow! saya pun naik ikut camtula

maiyah..
saya camtu gak cuma kekadang ada 'terasa' je nak baca METRO tu

afida...
mmg saspen kan...kih..kih...kih

shameel..
mmg diorng tu suka manipulasi citer2 sensasi...nakkan untung tu

jari...
seronoknye! gua cuba gak cari yg free tapi ada kat library je selalunya

kts..
kenapa nak kena baca kuat2 tu...kurang pendengaran ke??

mutiara..
mmg ngeri nak baca tabloid tu...citer antu pun ada

admin p@p..
w'kumsalam. nampaknya kita kena pandai2 tapis - amik yg baik je dahle