Saturday, August 06, 2011

bila syaitan-syaitan dibelenggu...

assalamualaikum & salam 6 Ramadhan

bila syaitan-syaitan dibelenggu. adakah dosa semakin berkurang? beramal semakin mudah? tumpuan menjadi kusyuk? tingkahlaku semakin terpelihara? manusia semakin mengenal diri? ye ke? susah juga nak cakap. cuma yg mungkin ada sedikit kebenaran ialah nafsu semakin lenggang-kangkung menonjolkan diri. seronok bukan main dia beb! jadi apa kesudahnya dgn kita? sebelum ni terikut-ikut dgn syaitan pastu skrg terikut-ikut pulak dgn nafsu?

susah...memang susah, selagi kita hidup kita pasti kena hadapinya. perjuangan ke syurga Allah bukanlah satu perjuangan yg mudah. tapi berjuang pasti kena terus berjuang. kesempatan yang diberikan Allah melalui Ramadhan ni perlu kita rebut. Ramadhan mempermudahkan banyak perkara. hingga ke tahap beramal satu malam sudah menyamai seribu bulan. dan beribu-ribu gandaan pahala untuk amal kebajikan yg dilakukan semasa berada di dalamnya.

Ramadhan tidak prejudis, tidak memilih dan sentiasa ‘tersenyum’ menyambut kita. ruang dan peluang cukup banyak. cuma kita sahaja yg perlu bersangguppan. letih memang letih tapi eloklah letih sekarang dari letih di ‘kemudian’ hari. dan pastinya kita ketahui yang syurga Allah itu memang amat ‘mahal’ dan tidakkah utk mendapatkan sesuatu yg begitu mahal memerlukan satu perjuangan yg mencabar, panjang dan tidak mengenal letih.

begitu banyak Ramadhan yg telah kita lalui. kalau kita sering tewas dalam perjuangan di Ramadhan-Ramadhan yg sebelum ini pastinya kita tak mahu ianya berulang di Ramadhan kali ini. biar kita berjuang hingga ke tahap ‘syahid’ dalam kata metraforanya. jangan lagi kita ‘syahid’ di bazaar Ramadhan, di tawaran ‘sale’, di promosi ‘buffet’, di tilam dan katil, di kedai aksesori kereta dan sebagainya. cukuplah...

kita sekarang dalam satu perjuangan, maka libas dan hayunlah pedang ‘amalan’ itu kerana ‘kemenangan’ menanti kita di seberang ‘sana’...insyaAllah. dan utk kesekian kalinya, ini hanyalah tazkirah utk diriku sendiri....wallahualam.

10 comments:

sekamar rindu said...

salam...

memang syaitan dibelenggu namun nafsu kita tuhan tak belenggu..tu yg dalam bulan puasa pun bawa jantan balik rumah, bunuh sana bunuh sini..

Afida Anuar said...

Nahmy, bila syaitan takdak ni la dugaan makin kuat...hu hu

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun sebaik mana pun ianya tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.

Zul-Elle said...

Nafsu-nafsu yg membelenggu tengkuk2 anak Adam. Awas, jgn. sia2kan puasa kita. Salam Ramadhan buat Nahmy dan semua!

ORLANDO AHMAD said...

macam mana nak tau siapa diri kite yg sebenarnya, try tengok waktu bulan posa, sebab setan dah takde nak menggoda, jadi berjuang antara diri sendiri dan nafsu aje la...

KTS said...

sdg cuba libas dan hayun pedang amalan


tp kdg2 tu tak larat. mcm berat je pedang tu. mesti bukan dr titanium. haissshhhh

:D

zue said...

nafsu di bulan ramadhan lagi teruk tidur smpai dinihari dan makan..buruk lantak..tu yg susah nak solat.

DrSam said...

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Iblis kena rantai, namun manusia setan dan jin setan yang telah lama di doktrinasikan oleh iblis tadi akan sentiasa menggoda dan memujuk rayu nafsu, lebih-lebih lagi dibulan yang mulia ini.

Semoga diberi kekuatan Iman.

abah aman said...

salam nahmy,
juga tazkirah untuk abah. terima kasih!

nahmy said...

sekamar rindu..
aduuhh...itu yg minta kita semua dijauhkan-Nya.

afida..
itu yg ada 'pendapat' mengatakan 100 syaitan = 1 nafsu. so tgk betapa 'kuat'nya nafsu tu..

abd razak..
benar syeikh...kita mmg kena ingat yg semuanya yg ada ni akan kita tinggalkan...ttp bab 'ingat' tu yg ramai manusia fail

zul-elle..
salam Ramadhan kembali pd Zul & keluarga

orlando..
bab yg 'susah' lwn nafsu tu krn nafsu tu 'duduk' dlm diri kita..takkan nak tikam diri sendiri kan? jd kena guna kaedah 'halus' tu..

KTS...
klu pedang tu dibuat dr asbestos camna?

zue..
akhirnya itu yg jadi hamba nafsu bukan hamba Allah

drsam...
interesting statement doc. tp mmg ada sbhgn pendapat ulamak yg kita ni sbb dah jd 'anak-didik' syaitan maka bila syaitan dibelenggu pun 'syaitan diri' masih berleluasa

abah..
w'alaikumsalam & t.kasih