Sunday, September 25, 2011

bila Bob Lokman datang beri ceramah....

assalamualaikum...

baru kejap tadi balik dr dgr ceramah kuliah dhuha Bob Lokman. dah lama aku nak dgr ceramah dia, apa intipatinya...adakah pasal 'u-turn' dia...atau citer pasal perbezaan zaman hidup sebelum 'u'turn' dan sesudah 'u-turn'. tu yg aku terhingin nak dengor tu.

mula-mula memang kelako dia le yg keluar sikit-sikit...pastu dah jadi lebih terarah akan 'kesufian' pula. apa yg dia citer ialah mengenai 'rasakanlah akan kewujudan Allah itu'. dan penyampaiannya juga walaupun baik namun dia tetap tegaskan yg dia bukan 'ustaz' jadi okayle tu. dia banyak kaitkan isu tersebut dgn 'own-personal experience' dia je.





suratkhabar-suratkhabar 'main stream' byk gak yg 'hentam' dia termasuklah penyanyi yg dulu-dulu menyanyikan lagu-lagu yg beliau tulis. aku kira mungkin sbb dia 'announced' yg dia dah masuk 'sebelah sana' tu. yg itu aku tak mahu nak sentuh sgt tapi aku respect akan 'message' ceramah dia yg berkisar mengenai tajuk di atas tadi. ianya byk juga 'terkena' batang hidung sendiri. kita tak rasa akan kewujudan Allah sbb kita sibuk nak 'rasa' benda-benda lain...terutama yg fizikal dan berkaitrapat dgn 'duniawi'. sedangkan kalau tidak kerana Dia-lah maka kita sebenarnya takkan dapat 'rasa' benda-benda tu semua. jd kita rasakanlah akan 'kewujudan' Dia dulu...berusahalah utk mencari 'rasa' tersebut nescaya inyaAllah perasaan utk mengenali dan bertaqwa pada-Nya kan datang mudah dgn sendirinya.

kepada mereka yg ada kesempatan utk mendengar ceramah atau penyampaian Bob Lokman tu maka dengarlah. saya bukan nak promosikan dia tapi...kalu kita nak buat 'judgement especially towards somebody...please make sure we have seen both side of the coin'. sampai menyampaikan dan pesan berpesan itu kan salah satu yg digalakkan...wallahualam.

7 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dia sudah dalam jalan perjalanan menuju~Nya...

Maiyah said...

assalam..

sesungguhnya Allah mmbuka pintu hati org2 yg dikehendakiNya ;)

Afida Anuar said...

Salam nahmy, kagum saya dengan penghijrahan beliau. Video2 awal penghijrahan beliau pernah la saya tengok, tapi video ceramah beliau belum lagi. InsyaAllah lepas ni nak cari kat youtube la;)

zue said...

sy prnah tonton kat youtube...cara pnceramahnya lebih kpd mengutuk org.
mungkin yg ni lain caranya.

shameel Iskandar said...

Salam Nahmy.
Kembara rohani Bob Loqman amat mengagumkan. sejujurnya saya belum lagi mendengar ceramahnya.

Tirana said...

Bukan senang nak buat perubahan kepada diri sendiri tambah2 kalau perubahan itu akan memberi kesan yang kurang menyenangkan di mata orang lain. Dia seorang yang kuat..

nahmy said...

abd razak...
satu pusingan yg 'sukar' tu lebih2 bila dah senang...tp alhamdulillah berjaya juga dia berpusing

maiyah...
betul tu 'hidayah' adalah hak Allah...

afida..
cari & tontonlah...mungkin kita boleh sikit2 dpt 'iktibar'...itu dah kira okey

zue...
mungkin masa zaman awal berceramah kot sbb yg saya pergi tu sepatah cacian pun tak kuar dr mulutnya

shameel...
'kembara rohani'...such a wonderful words cikgu. semoga kita juga sentiasa 'mengembara' spt itu..

tirana..
betul tu kak. klu dah senang hidup dgn benda lagha...dan alih-alih bole tinggal terus (maknanya tinggalkan kemewahan) camtu...maka hebat jugala tu..