Saturday, October 01, 2011

kekadang, hati ini ingin merapu...bhg.2

assalamualaikum...

kpd ahli-ahli bahasa, ampun le sebab artikel ni mungkin akan mengganggu sedikit sebyk 'kegagahan' bahasa malaysia. tp ini hanyalah utk tujuan bersantai dan meredakan 'kepenatan' otak...tiada tujuan dan niat yg tak baik.


asal-usul perkataan dlm B.Malaysia.

sekutu...se-kutu
berasal dari kegiatan suka berkongsi kutu oleh sekumpulan beruk spesis asal yg mendiami bhg pendalaman di kepulauan nusantara ini. mereka akan menternak 'kutu' menggunakan ibu kutu yg sama dan kemudian setelah beberapa lama akan beroperasi mencari kutu yg dah beranak-pinak itu utk dijadikan bahan makanan 'tit-bits' mereka.

membangun...mem-bangun
berasal dr perkataan yg dituturkan oleh org gaji seorang pegawai kolonial British di zaman penjajahan sebelum lahirnya Mat Indera lagi. org gaji ini ditugaskan oleh tuannya utk setiap pagi mengejut isteri tuannya itu dr tidor. "mem...bangun", "mem..bangun"...maka lahirlah perkataan membangun tersebut.

laksamana...laksa-mana
tercetus semasa di zaman kesultanan juga di nusantara ini dimana seorang pahlawan melayu yg juga merupakan pegawai kanan seorang sultan yg memang kaki makan laksa, yg apabila balik dr medan pertempuran akan sentiasa bertanya pada isterinya..."laksa-mana?"..."laksa-mana?". bila perkataan ini didengari oleh seorang pembesar sultan maka satu jawatan baru bergelar "laksamana" pun dianugerahkan kepada pegawai kanan sultan tadi.

gelabah...gel-abah
dikatakan tercipta dek kerana satu peristiwa di zaman era pop yeh-yeh dimana seorang bapa yg mempunyai jambul 'remos' yg mantop...yg di satu hari kehilangan akan gel rambutnya. dia puas bertanya pada anak-anaknya..."mana gel-abah?..."mana gel-abah?". perlakuannya yg seperti kucing hilang misai, tak tentu arah itulah menjadikan anak-anaknya menggunakan istilah "gelabah" utk menggambarkannya. dan akhirnya perkataan 'gelabah' itu terus diguna pakai hingga ke hari ini.

peningkatan...pening-katan
perkataan ini lahir di zaman selepas beberapa tahun setelah Jepun menyerah kalah di perang dunia pertama dulu. tercetus sebab terdapat beberapa kelompok bebudak yg mengalami sakit 'pening-pening' selepas dikatankan. tidak pula diberitahu 'kepala' mana yg pening tu...kepala bawah atau kepala atas...tapi akhirnya dr sakit pening selepas katan itu maka lahirlah...perkataan...'pening-katan' tersebut.


gitule serba ringkas akan citer asal-usul bagaimana lahirnya beberapa perkataan bahasa malaysia. ianya memang takde kena mengena samada dgn yg masih hidup atau yg telah tiada....klu adapun itu hanyalah kebetulan semata-mata...wallahualam.

12 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Gel-abah tu boleh jadi jenama baru untuk gel...hehe

Afida Anuar said...

aduhh..boleh pulak dia terpkir lagu ni... ha ha..laksa mana? kekeke

Maiyah said...

assalam..

hahaha.. mantop remos tu :D

shameel Iskandar said...

hahaha. sedikit tambahan, perkataan AWAS pula berasal dari peringatan agar2 berhati2 dgn ular SAWA

abah aman said...

salam nahmy,
hahaha... teringat abah di zaman berkartun dulu...

Unknown said...

SALAM,
MENARIK N3 INI

Admin P@P said...

Assalamualaikum.

Cantik. Kreatif. Tapi jangan jadikan ia sebagai satu rujukan yang sah.

TQ

ORLANDO AHMAD said...

okeii, ini kelakar ahaks

Mutiara Bernilai said...

aduh., kelakar!

r.o.l. said...

Sejarah lingustik alternatif oleh Prof. Nahmy? :-D

cikguNae said...

:)
ilmu baru...
dapat senyum!

nahmy said...

abd razak..
wa'alaikumsalam. boleh di komersialkan jenama tu kan..

afida...
yg mana org tak terpikir kekdg yg tu plak otak ini terpikir..

maiyah...
yesss...mmg mantop!

shameel...
cikgu jgn terikut2...nanti rosak pikiran anak2 murid tu..hehe

abah...
ooo...pekartun le abah ni dulu ye..

LF..
W'salam, sikit2 rasa nak merapu..

admin..
ooo...itu mmg dah pasti cikgu...jgn sekali-kali dijadikan sumber rujukan

orlando...
ahaks..cer citer kat john..mesti dia pun ketawa..heh..heh

MB...
meredakan penat otak...tu je

r.o.l...
prof?...wow..best gak tu jd prof!

cikgunae..
ilmu baru...tu saya tak pasti, senyum? insyaAllah