Sunday, August 28, 2011

bila munculnya Syawal....

sinar Syawal menitip gersik
mengundang Ramadhan beranjak pergi
selawat dan salam sambung bertaut
di nurani insan yg sentiasa merindu

kemenangan menanti dipenjuru alam
mengharap taqwa kekal berpaksi
takbir dan tahmid bersela tempat
di bibir insan yg sentiasa merindu

panjang perjuangan tidak bertepi
tarbiyah menuntut dijunjung tegar
walau beza, detik dan suasana
kepada-Nya si insan merindu











SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN kepada semua.
Ikhlas dari Nor Azman, Nor Aznidah, Aizal Zafri, Zahin Azira dan Zahra Adrini

Monday, August 22, 2011

budget raya = tak raya

assalamualaikum...

malam ni adalah malam ke 23 Ramadhan. surau dan masjid makin kurang jemaahnya. tempat-tempat jualan barang-barang raya semakin ramai pulak jemaahnya. biasala tu kan?

tahun ni aku ada cadangkan pada org rumah tak payah susah-susah bab kuih raya ni. kita beli je kat mydin. muruku ke atau biskut-biskut atau kuih raya segera. rumah kitaorg tu jauh...kalau tetamu sampai diorng tak heran dgn kuih raya yg kering-kering tu. diaorng suka kalau ada benda makan yg heavy sikit cam laksa pahang ke, nasi impit dgn rendang ke, lemang dgn serunding daging ke...atau paling koman pun maggi goreng.








ini hanyalah gambar hiasan

tak kan sampai dr jauh nak makan kuih tart 2-3 biji? memang diorang tak heran pun. jadi kat rumah kitaorng kenalah kita simpan stok meehun ke, stok maggi ke, muratabak sejukbeku ke dan sebagainya. itu cadangan aku. dan isteri pun rasa setuju tu. sbb kita mmg tak siapkan apa-apa bab kuih raya tapi kita buat stok makanan heavy tu je...itupun masih dalam lingkungan ala-kadar je. ada wang adalah stok...camtu je.

alhamdulillah...rasa dgn cadangan bernas dr aku tu maka insyaAllah selesailah isu bab nak menjamu tetamu nanti. sekarang yang masih belum selesai ialah bab nak balik kampung. perancangan tu mmg dah ada...tapi bab budget tu tak selesai lagi. klu bebudak yg datang rumah org tua aku dan rumah mertua tu tak kisah dgn 'duit syiling' memang dah lama selesai bab balik kampung ni. tapi bebudak tu skrg spesis yg dah tahu 'demand'...tak mahu dah duit besi tu lagi.

tapi takpe la itu semua citer raya dan raya jauh lagi...yg penting matlamat lailatul Qadr perlu dicari. so, aku rasa cam belum lagi malam Qadr tu. atau ada yg dah menemuinya? klu belum jumpa maka kena pulun kita start malam ni hingga akhir Ramadhan utk mencarinya dan semoga kita semua menemuinya...insyaAllah.

Saturday, August 13, 2011

lailatul Qadr dan raya

assalamualaikum...

tahun ni tahun ala-kadar bab persiapan raya utk saya & keluarga. alhamdulillah isteri paham dan mmg itule yg sedang dipraktikkan. saya dah cakap posa yg penting, raya nombor dua dan alhamdulillah yg ni pun isteri dah paham.

dah hampir setiap tahun mmg kami ala-kadar saja dan tahun ni mungkin yg paling hebat ala-kadarnya. tapi itu semua tak penting sbb yg penting adalah posa dan malam Qadr. sekali beribadat di malam Qadr bersamaan beribadat selama 83 tahun 4 bulan...banyak tu syeikh!

sekarang keta pun ada dlm workshop sbb tgh di 'overhaul'. klu tak sempat siap maka tak berkereta le kami raya ni. kecuali sepasang sorang baju raya utk anak-anak....yg lain persiapan raya mmg takde kami buat. bukanle nak bercerita yg kami adalah keluarga 'zuhud' walaupun itulah yg kami cuba nak jadi ttp di zaman manusia bersandarkan pd materialistik kami cuba melatih anak-anak utk 'menongkah' arus. dan setakat ni alhamdulillah mereka pun paham.

sbb tu lah sampai sekarang saya takde akaun facebook...sbb dlm facebook tu yg hebat harta materialnya amat dipandang tinggi dan 'ukuran' material itu sering dijadikan perbezaan. walaupun tak semua menyalahgunakan facebook tu tp ramai kenalan saya yg memberikan feedback camtu.

berbalik pada lailatul Qadr, jumle kita pakat berdoa supaya Allah temukan kita dgn malam tu...walaupun sekali seumur hidup! wallahualam



Saturday, August 06, 2011

bila syaitan-syaitan dibelenggu...

assalamualaikum & salam 6 Ramadhan

bila syaitan-syaitan dibelenggu. adakah dosa semakin berkurang? beramal semakin mudah? tumpuan menjadi kusyuk? tingkahlaku semakin terpelihara? manusia semakin mengenal diri? ye ke? susah juga nak cakap. cuma yg mungkin ada sedikit kebenaran ialah nafsu semakin lenggang-kangkung menonjolkan diri. seronok bukan main dia beb! jadi apa kesudahnya dgn kita? sebelum ni terikut-ikut dgn syaitan pastu skrg terikut-ikut pulak dgn nafsu?

susah...memang susah, selagi kita hidup kita pasti kena hadapinya. perjuangan ke syurga Allah bukanlah satu perjuangan yg mudah. tapi berjuang pasti kena terus berjuang. kesempatan yang diberikan Allah melalui Ramadhan ni perlu kita rebut. Ramadhan mempermudahkan banyak perkara. hingga ke tahap beramal satu malam sudah menyamai seribu bulan. dan beribu-ribu gandaan pahala untuk amal kebajikan yg dilakukan semasa berada di dalamnya.

Ramadhan tidak prejudis, tidak memilih dan sentiasa ‘tersenyum’ menyambut kita. ruang dan peluang cukup banyak. cuma kita sahaja yg perlu bersangguppan. letih memang letih tapi eloklah letih sekarang dari letih di ‘kemudian’ hari. dan pastinya kita ketahui yang syurga Allah itu memang amat ‘mahal’ dan tidakkah utk mendapatkan sesuatu yg begitu mahal memerlukan satu perjuangan yg mencabar, panjang dan tidak mengenal letih.

begitu banyak Ramadhan yg telah kita lalui. kalau kita sering tewas dalam perjuangan di Ramadhan-Ramadhan yg sebelum ini pastinya kita tak mahu ianya berulang di Ramadhan kali ini. biar kita berjuang hingga ke tahap ‘syahid’ dalam kata metraforanya. jangan lagi kita ‘syahid’ di bazaar Ramadhan, di tawaran ‘sale’, di promosi ‘buffet’, di tilam dan katil, di kedai aksesori kereta dan sebagainya. cukuplah...

kita sekarang dalam satu perjuangan, maka libas dan hayunlah pedang ‘amalan’ itu kerana ‘kemenangan’ menanti kita di seberang ‘sana’...insyaAllah. dan utk kesekian kalinya, ini hanyalah tazkirah utk diriku sendiri....wallahualam.