Sunday, July 29, 2012

menjunjung jihad Ramadhan

assalamualaikum...

menerjah kita ke minggu kedua puasa, atau kita sedang memasuki peringkat kedua Ramadhan iaitu makam keampunan. suasana pun dah 'cool'. perut, nafsu makan dan tenang. tiada apa sgt nak dirunsingkan lagi...bajet pun dah boleh urus. cuma satu sahaja...ibadah! 'kemeriahan' masjid & surau semakin susut...mereka mengejar rahmat di awal Ramadhan tetapi semakin meninggal keampunan-Nya di pertengahan Ramadhan, bagaimana akhir Ramadhan? saya sendiri gusar dgn diri sendiri.

jihad terhadap kemalasan dan urusan dunia amat sukar untuk dilakukan. sedangkan sendiri tahu bahawa jika Ramadhan ini dilalui tanpa terampunnya dosa-dosa maka sia-sialah umur yg Allah panjangkan. jihad menagih kekuatan, kekuatan menghasilkan ketaqwaan. ketakwaan meninggikan keimanan. jika jihad terhadap kemalasan dan urusan dunia pun kita dah kantoi camana kita nak berjihad seperti saudara kita di Gaza, di Ronghiya, di Syria dan sebagainya.

saya tidak mengata sesiapa, hanya diri sendiri sahaja. sekadar berfikir di ruang waktu cuba mendidik diri yg lemah, abdul, fakir dan miskin. Ramadhan memberikan ruang dan peluang hingga ke tahap 1000 bulan. jihadlah dalam mengejarnya. jangan leka dan jgn menoleh ke belakang, pasti ada sebabnya mengapa umur kita Allah izinkan untuk menerima al-mubarak ini. cari dan telekulah mencari sebabnya itu. wahai diri....bangunlah!

3 comments:

zue said...

assalamualikum nahmy,
lama x singgah sini...harap nahmy sihat disamping brjihat.

sedihnya bila puasa dah masuk minggu kedua sbb zue baru dpt 2 kali melakukan terawih dan baru dpt juz 2 ..huhuhu.

DrSam said...

Salam sahabat. Semangat Ramadhan memang perlu senantiasa dijaga dan dibaja. Terutama semester kedua sudah hampir kepenghujung dan kita ke semester akhir. Semoga sama-sama kita diberi kekuatan.

nahmy said...

zue,
w'salam. takpe tu...kan dlm ibadah sikit takpe tp istiqomah yg penting, saya cam tu gak..

drsam,
w'salam doc. semoga di 'final' kita akan terus istiqomah dan akhirnya berjaya di golongkan bersama org-org yg bertaqwa doc..