Wednesday, September 05, 2012

manusia dan haiwan, terpisah tiada...

assalamualaikum...

saja2 terpikir benda ni. rupanya walaupun kita manusia ada dunia kita sendiri tapi kita tak dpt lari dari masukkan elemen haiwan dlm kehidupan kita sendiri. kita ada rabun ayam, kita ada kaki ayam, pening lalat, demam kura, telur mata kerbau, senyum kambing, selsema burung dan banyak lagi.

kita ada sawan babi, selsema babi, gila babi...walaupun saya tahu babi tu sendiri tak pernah gila. kita ada penyakit anjing gila...tapi takde plak penyakit gila anjing kan? klu ada penyakit gila anjing mungkin kepada mereka yg suka sgt bela anjing maka dipanggillah mereka itu - gila anjing. dan mereka yg gila babi jgn plak kita kata mereka suka bela babi...tak sesuai tu...adusss! pening!! jadi kat mana kita nak pakai 'gila babi' ni....hanya utk memberikan 'effect' kadar maksimum kepada sesuatu perbuatan negatif. cth - "huii...mamat tu bawak motor cam gila babi la".

tapi kita juga ada istilah baru sekarang ni, cth - "huii...kuat makan tahap cipan belang mamat tuh". apa ke hal yg dipanggil tahap cipan pun saya tak tahu. ada kena mengena ke kadar 'extreme' dgn cipan tuu?? dan mungkin semua benda-benda kiasan kepada haiwan ni adalah hasil dari kajian ilmiah kita manusia kepada haiwan tu kot. berapa lama agaknya kita dah mengkaji dengan merenung muka katak utk memperolehi kiasan seperti 'selamba katak'? juga berapa lama kita dah menatap muka si kambing hanya utk tengok kambing tu senyum??

tapi yg ni pastinya membuat kita terkedu sikit, iaitu ungkapan maut seorang pemuda/pemudi kepada kekasihnya...." dirimulah yg sangat kucingtaik"...hahh!! kucing taik??. sabar-sabar...bab ni saja saya reka-reka je...sebagai renungan bersama...hehehehe...wallahualam.


3 comments:

cikguNae said...

Wah! 'kucingtaik'...
dua kali baca baru dapat faham 'kucingtaik' itu... haha

Hakikatnya, manusia kini bukan setakat meminjam elemen haiwan dalam sukukata, malah dalam perbuatan... hatta melangkaui...

Unknown said...

Cake carrot MakNgah

300gm mentega
240gm gula caster
4biji teloq
1 sudu teh esen vanila
240gm tepong gandum
1 sudu teh serbuk penaik
80gm badam/walnut cincang
150gm lobak merah sagat
1 sudu teh kulit lemon

Putar mentega dan gula hingga gebu.Masukkan teloq satu persatu sambil putar dan esen vanila.Campurkan tepong gandum,serbuk penaik dan badam.Gaul sebati.Akhir sekali campakkan lobak merah dan kulit lemon.Kaup balik sikit-sikit.Tuang kedalam loyang (yang dah disapu sikit mentega dan ditabur sikit tepong).
Bako dalam oven <> 45' atau sampai masak.

Selamat mencuba.

*risiko jadi x jadi tanggung sendiri.Air tangan lain-lain.

DrSam said...

biasanya unsur-unsur berbaur haiwan ni akan terpacul dari mulut individu yang tidak dapat menahan sabar (maki hamun) tapi orang yang cool dan selamba dog (ada ke dog yang selamba?) pun boleh terpalit sama. Kesian pula haiwan-haiwan yang tidak berdosa tu yea...