Friday, January 25, 2013

ceria...walau dalam apapun keadaan!

assalamualaikum dan salam ceria...

semalam adalah hari kelahiran junjungan besar kita, nabi Muhamad s.a.w. pastinya kita ceria mengingati Baginda. dengan membaca sirah, berselawat, mengingati perjuangan dan ceria pula menuruti sunnahnya. segalanya kita lakukan dengan ceria dan ikhlas. kita sarankan pula pada ahli keluarga terdekat. walaupun Baginda telah lebih seribu empat ratus tahun meninggalkan kita namun Baginda akan tetap kenal kita kelak, percaya dan yakinlah...insyaAllah.

bila kita percaya dan yakin...maka kita patut ceria. jika kita ikhlas...mengingati Baginda, berselawat dan menuruti sunnahnya maka janganlah kita gusar. air telaga kausar insyaAllah akan dapat kita teguk. jangan terlalu banyak 'berkalau'. kalau aku berselawat banyak-banyak dapatke aku akan syafaat Baginda? betul ke Allah akan berselawat padaku dengan sepuluh selawat bila sekali aku berselawat pada Rasulullah? dapatkah aku rahmatNya? akan bersamakah aku dengan Rasullulah di syurga kelak? dan bermacam soalan dan kalau yg bermain di kotak fikiran kita...hingga kekadang sampai terganggu amalan...hilang kusyuk dalam solat dan hilang tumpuan dalam amalan lain dan yg paling tak 'rugged' ialah hilang ikhlas dalam beramal-ibadah hanya kerana-Nya.

letakkan 'segala ketentuan' akan imbuhan hanya pada-Nya, lakukan seikhlas mungkin, berserah, redha dan ceria. ingatlah amalan baik dibalas baik. percaya dan yakinlah. beramal-ibadah memanglah tak boleh terlalu santai sampai melakukannya seperti melepaskan batuk di tangga. tidak pula boleh terlalu serius hingga akhirnya menjadi stress....bersederhanalah. tetapi kena istiqamah dan fokus...itu aje. bila dilakukan acap-kali, istiqamah...ikhlas dan dalam keadaan bersemangat dan ceria maka ia akan berkekalan...insyaAllah.

bukan niat saya berhujah atau memberikan nasihat berkenaan hal-hal beramal-ibadah. saya hanya berkongsi info. saya juga dalam proses mengaplikasikan 'guidelines' di atas dalam beribadah. kesan? alhamdulillah sedikit sebanyak dapat dirasai...dan sebab itulah saya ingin mengongsikannya di sini. jadi bukanlah semasa bermain bola, menonton tv atau berkelah bersama keluarga je yg kita perlu ceria....dalam beribadah juga kita perlu ceria sebab....dengan cerialah, ia memanjangkan jangkahayat ibadah kita...insyaAllah dan wallahualam....


0 comments: