Sunday, March 30, 2014

betul

aku rasa aku memang banyak yg tak betul. aku rasa aku perlu betulkan apa yg aku tak betul tu. aku perlu cari orang yg betul untuk aku contohi supaya aku kembali betul. tapi kalau aku tak betul macamana aku nak cari orang yg betul? macamana aku nak pastikan yg pilihan aku tu betul? orang tak betul mencari orang yg betul...apakah kriteria yg betul untuk aku betul-betul patuhi dalam mencari orang yg betul tu? ini memang betul-betul memeningkan. dia mungkin betul pada pandangan aku tapi tidak betul pada pandangan orang lain...atau tidak betul pada pandangan aku tapi betul pada pandangan orang lain.

kalau nak dipikirkan memang aku boleh jadi tidak betul...tapi tak pe la kan sebab aku memang dah tidak betul. bermakna aku perlu dibetulkan terlebih dahulu dan bila aku dah betul baru aku boleh jadi tak betul bila memikirkan perkara-perkara yang boleh menjadikan aku tidak betul. biar betul ni! bermakna untuk aku jadi tidak betul, aku yang tidak betul ini perlu dibetulkan dahulu dan kemudian baru betul bila aku kata yg aku dah tak betul...betul tak camtu?

dan apa pula kan terjadi bila aku dah betul-betul mengakui yg aku tak betul? adakah 'akuan bersumpah'  yg aku tak betul tu...betul?? betul kah aku bila aku mengatakan yg aku tak betul?? jadi kita ni memang semulajadinya camtu...ada masa kita tidak betul walaupun di ketika kita betul dan ada masanya kita betul di ketika kita tidak betul. sapa yg mentakrifkan akannya....ketika betul dan ketika tidak betul tu? sapa? bila tiba bab ni je kita dah rasa yg ada yg 'tak betul' tentang diri kita sendiri..tapi manusia sentiasa nak mengaku yg dia betul...lebih-lebih lagi bila mereka ada kuasa, pangkat...dan wang. ini bukan kebetulan...ini memang hakikat. jadi sentiasalah pikirkan yg kita tak betul supaya kita sentiasa pula berfikir camana nak betulkan diri kita tu...


wassalam,
nahmy (yg tak betul)

4 comments:

Vee Sandi said...

hanya kita yg tahu siapa diri kita , apa yang kita mahu dan apa yang kita perlu lakukan . kita tak perlu menjadi betul tapi perlu memperbetulkan cuma kadang kala itu ada kebetulan ... 2160 98863868

babYpose said...

Kebanyakkan motivasi suruh cari kawan yang positif, delete yang negatif, sampai bila bila ada 2 categori. Berbalik pada sistem islamik.

Anonymous said...

apapun just be yr self yer.. mmaf x leh nk follow lagilah.. blogspot msh bermasalah

Mizz Aiza said...

tiada manusia yang sempurna.. setiap hari kita harus bermuhasabah serta memperbaiki diri..