Thursday, March 27, 2014

hari ni aku sedih dari biasa...

mungkin ada yg terbaca...atau ada yg dah tahu berkenaan 529 orang ahli ikhwanul muslimin dan penyokong Dr Morsi yg telah dijatuhkan hukuman mati. aku tak dapat berjuang seperti mereka tapi aku sentiasa berdoa akan dipermudahkan segala perjuangan mereka. mereka berjuang hanya untuk mendaulatkan agama Allah...mengembang dan menjadikan agama Allah terpasak jitu di muka bumi negara mereka khususnya. mereka berjuang kerana Allah. mereka menggunakan jalan demokrasi...kemenangan mereka adalah pilihan rakyat negara mereka sendiri.

aku tak pasti kat mana salahnya mereka. tapi memang perjuangan menegakkan agama Allah penuh dgn cabaran, ujian dan halangan. dan begitu juga mereka yg terpaksa membayar harga perjuangan mereka dgn nyawa mereka sendiri. dan hakikatnya...mengorbankan nyawa mereka sendiri adalah pergorbanan paling tinggi mereka hanya kerana Allah. dan hanya Allah-lah sahaja yg membalasnya...dengan menempatkan roh mereka bersama roh para syuhada..para solihin dan muqarrobbin. tempat mereka di 'sana' pastinya tempat yg paling terbaik.

kemenangan yg dipilih rakyat telah di nafikan oleh puak-puak perampas kuasa (hanya kerana mereka ada senjata). kemudian puak perampas memaksa rakyat mengiktiraf pula mereka bahawa merekalah pemerintah yg 'betul'. lawak bangang namanya tu. menyuruh orang lain tunduk akur dan bersetuju dgn mereka dgn meletak pisau di leher orang lain tersebut adalah satu tindakan paling bangang...paling biol dan paling bodoh! ia tidak sepatutnya berlaku di dunia moden yg semakin maju, dengan rakyat yg semakin matang dan berpendidikan seperti sekarang. tapi itulah namanya...'dunia yg dah semakin TENAT'.

"sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Qur'an. dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung" At-Taubah 111.

kepada 529 para syuhada...'semoga kalian tenang dan aman di 'sana' bersama rahmat-Nya...amin.


wassalam,
nahmy.

4 comments:

Mizz Aiza said...

sedihnya.. alfatihah dan semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman..

babYpose said...

Inna lila hi waina ilahirojiun...

Vee Sandi said...

al fatihah untuk mereka . Allah sudah menetapkan bahawa begitulah berakhirnya perjuangan mereka . semoga ianya menjadi perangsang kepada yg hidup utk terus memperjuangkan agama Allah .

Anonymous said...

turut sama merasakan kesedihan itu.. alfatihah!..