Sunday, March 09, 2014

MH370 : semoga semuanya Allah permudahkan..

aku tergamam sebentar bila terbaca cerita pasal MH370 ni malam semalam. tak dapat nak kata apa-apa melainkan mendoakan semoga semuanya Allah permudahkan...aku juga ada berharapan agar apa yg berlaku pada MH370 adalah seperti yang terdapat dalam filem-filem omputih tu. kapal terbang mendarat cemas di lautan dan anak-anak kapal mengembangkan 'perahu-angin' dan membantu penumpang untuk menaiki perahu-angin tu.

tapi bila dah masuk hari kedua mengikuti cerita MH370 ini harapan tu dah makin meleset turun. memang jarang sangat negara kita ditimpa musibah seperti ini. dan bila ianya berlaku tentulah ianya akan memberikan kejutan dan impak yang besar. 238 orang bukan satu jumlah nyawa yang kecil. namun bila ajal dijemput ianya boleh terjadi dalam apa jua keadaan - berseorangan atau beramai, di darat..di lautan mahupun di udara. assebabnya boleh pelbagai dan ini semua untuk merasionalkan ajal yang dijemputNya.

kita yang melihat dari jauh pun dah terasa beban emosinya apatah lagi ahli-ahli keluarga kepada mereka yang berada dalam MH370 tu. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. sabar dan tenangkanlah diri...itulah sahaja yg dapat aku katakan kepada ahli-ahli keluarga tersebut. sekarang memang susah utk memikirkan akan hikmahnya...tetapi Dia tahu apa yang tidak kita ketahui. semuanya adalah dalam perancanganNya. tiada nasihat 'besar' dariku (kerana aku pun tidak berkelayakan untuk memberikannya) hanya setakat memberikan garapan kecil tapi ikhlas. semoga Allah permudahkan semuanya.


wassalam,
nahmy.


0 comments: