Monday, March 24, 2014

takziah...(jika berita ini benar)

baru sebentar tadi seluruh Malaysia atau mungkin seluruh dunia dah dengar PM kita punya pengemuman berkenaan MH370. di kesan menggunakan kaedah teknologi yg paling terkini bahawa MH370 telah terbang di sepanjang Selatan Lautan Hindi dan penerbangannya juga berakhir di situ. namun esok ada satu lagi sidang akhbar yg akan di buat dan mungkin penerangan yg lebih terperinci akan di umumkan.

sekiranya benar apa yg PM cakap maka aku hanya dapat memberikan ucapan takziah kepada keluarga penumpang MH370. sabar...bertenang dan kuatkan semangat. kalau aku nak kata yg aku paham apa yg mereka rasa...pastinya aku menipu. aku tidak pernah merasa diuji sehebat ini. dan aku rasa aku tidak akan jadi setabah mereka jika ujian seperti ini menimpa diri aku. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

kita semua sememang terkejut dgn apa yg berlaku kpd MH370 seawal hari pertama kehilangannya. kita membuat tafsiran yg pelbagai. kita mengandai mengikut tahap fikiran kita. kita berbincang...berdiskusi...berspekulasi. kita guna segala yg kita ada...dari segi teknologi dan sebagainya. namun kita jgn lupa Allah sudah menetapkan yg ianya sebegini. mari kita ambil iktibar...kita renung...dan kita istighfar. walau sukar untuk dipikirkan tetapi setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...dan Dia lah yg maha mengetahui.


wassalam,
nahmy.

2 comments:

P#eoniX said...

salam takziah untuk ahli keluarga mangsa....semoga mereka kuat dah tabah menghadapi ujian ini...

Anonymous said...

salam takziaj buat keluarga mangsa2 yer.. ps. Kalau boleh diactivatekan word/no verification tu, takut ada yg singgah malas nk tinggalkan komen nanti..