Saturday, April 19, 2014

sensitiviti...benteng 'pertahanan' kita yg terakhir??

kalau dipikir sekali lalu...apa yg tinggal pada umat Islam untuk mempertahankan Islam itu sendiri? di mana-mana di dunia sekarang ini kita lihat Islam ditindas, dicaci, dihina, dikatakan kejam, kolot dan sebagainya. sebahagiannya datang dari yg bukan Islam (mungkin kerana mereka tidak faham Islam) tetapi sebahagiannya pula datang dari mereka yg dah memang Islam (ni mmg kes sedih).

setiap orang Islam yg sayangkan Islam itu kena cuba sekiranya (kalau dah tak mampu mempromosikan Islam) mempertahankannya pula. setiap kita yg mempertahankannya pula bukan dengan setiap orang memikul senjata....meriam, senapang, pedang atau panah tapi gunakan AKAL (dengan HUJAH yg bernas dan baik) atau gunakan HATI (dengan SENTIMEN dan SENSITIVITI). boikot, tidak menyokong atau tidak mengagungkan perkara-perkara yg disanjung oleh golongan yg benci atau tidak membantu Islam itu rasanya adalah senjata 'saraf' yg boleh kita gunakan. maka gunakanlah secara BAIK dan BERHEMAH.

kita suka, tapi yg mana kita perlu lebih suka...atau orang putih kata, "we adore...but which one we should adore most?". "this is important but which one is the most important one?". saya bukanlah cerdik dalam hal ini tapi dengan kadar kecerdikan (yg rendah) yg saya ada ni rasanya pada saya takde benda yg lebih penting dari mendahulu Allah, Rasul dan agama-Nya. seperti yg saya kata...saya sendiri belum lagi dapat mempromosikan, mengwar-war dan menyebarkan Islam tetapi saya tidak pula cuba untuk tidak mempertahankannya.

so, I know you adore both...but which one you adore most? this...




....or this..............






wassalam,
nahmy. 

Friday, April 11, 2014

pil 'penyambung nyawa'..??

dulu tak terbayang aku akan jadi pengguna setia kepada ubat atau pil-pil. aku tengok arwah nenek dan atuk memang mereka dulu banyak memakan pil-pil ubatan dari hospital. ada yg dari hospital kerajaan dan ada yg dari hospital swasta. aku pun dulu pernah melawak dengan arwah nenek dengan mencadangkan agar pil-pil yg dia ambil tu ditumbuk halus dibuat sagon...atau di buat biskut dan kemudian dimakan macam biskut raya tu.

sekarang mereka dah takde..dan mak bapak aku plak yg mewarisi 'bakat' nenek dan atuk tu...dan sekarang 'bakat' tu dah mengalir ke aku. ye la mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? kan?? dan hampir setahun aku mengilap 'bakat' aku nih semenjak di diagnos ada diabetes...(saja pakai perkataan ni nampak cam canggih sikit dari kencing manis tuh). aku juga ada hypertension dan kadar kolestrol yg tinggi dalam badan.

waimanya?...aku terpaksa makan pil-pil yg dulu aku tengok arwah atuk dan nenek makan...sama dengan yg mak bapak aku makan sekarang nih. bersenaman juga aku kena aktif melakukannya. lifestyle kena ubah. cara makan memang semuanya kena ubah. makanan manis, berlemak dan berkolestrol tinggi aku kena lebih menengok dari memakannya walaupun terliur. anak-anak pun aku kena latih makan makanan yg sihat walaupun di sekolah dan luar rumah aku tahu diorang 'belasah' apa saja yg diorang nak (itu memang payah nak kawal diorang ni). dan pil-pil 'penyambung nyawa' ni juga aku dah tak boleh tinggalkan dari memakannya...aduh...letih...letih. kenapalah diorang tak buat pil darah tinggi yg rasanya cam ayam kepsi tu..why?...why?..why??


wassalam,
nahmy.

Saturday, April 05, 2014

kids : can we live with....or without them?

Raising children is not an easy task – its difficult. By not having even a single child is also difficult. If these two statements  were ask over to any married couple, which one would they probably choose? Having children or not having children? I believe most of the married couple might choose the first one. Me too. The difficulty of not having children is far more greater than raising children...but its difficulty due to what actually? Doesn't that when there’s no children to raise meaning there’s no extra expenses to dealt with, less responsibility, less work and off-course less headache. Aren't these what every couple want?

I believe (its might not be right), the difficultiveness is due to the moment when dealing with emotions and human biological needs. Children as you may know, will decorate your life...either in good or bad ways. Concerning to bad ways...well...we willing to take chances aren't we? Human are like that. But let us talk about first thing first – decorating your life. We was born alone, then we passes our school days..our learning era, then we start working. After that we get married...after got married what will be next?...exchanging stares between you and your significant-half. Up to what extend that you think you’ll be able to do this?

The difficultiveness (or “something doesn't feels right” feeling) would eventually kick-in when you start experiencing distressness with the boredom, the silence and the routines. Hence, the words,”would it be nice if there’s kid around” begin to exist. But all this definitely are not applicable to couple with less biological needs. They just care less about all this...some of them would say having children is nonsense. So be it...aren't people got right to express their own school of thought? As for us, when raising children become more and more difficult...our escape plan....would be...to get more children!..heh..heh..heh...


wassalam,
nahmy.

Sunday, March 30, 2014

betul

aku rasa aku memang banyak yg tak betul. aku rasa aku perlu betulkan apa yg aku tak betul tu. aku perlu cari orang yg betul untuk aku contohi supaya aku kembali betul. tapi kalau aku tak betul macamana aku nak cari orang yg betul? macamana aku nak pastikan yg pilihan aku tu betul? orang tak betul mencari orang yg betul...apakah kriteria yg betul untuk aku betul-betul patuhi dalam mencari orang yg betul tu? ini memang betul-betul memeningkan. dia mungkin betul pada pandangan aku tapi tidak betul pada pandangan orang lain...atau tidak betul pada pandangan aku tapi betul pada pandangan orang lain.

kalau nak dipikirkan memang aku boleh jadi tidak betul...tapi tak pe la kan sebab aku memang dah tidak betul. bermakna aku perlu dibetulkan terlebih dahulu dan bila aku dah betul baru aku boleh jadi tak betul bila memikirkan perkara-perkara yang boleh menjadikan aku tidak betul. biar betul ni! bermakna untuk aku jadi tidak betul, aku yang tidak betul ini perlu dibetulkan dahulu dan kemudian baru betul bila aku kata yg aku dah tak betul...betul tak camtu?

dan apa pula kan terjadi bila aku dah betul-betul mengakui yg aku tak betul? adakah 'akuan bersumpah'  yg aku tak betul tu...betul?? betul kah aku bila aku mengatakan yg aku tak betul?? jadi kita ni memang semulajadinya camtu...ada masa kita tidak betul walaupun di ketika kita betul dan ada masanya kita betul di ketika kita tidak betul. sapa yg mentakrifkan akannya....ketika betul dan ketika tidak betul tu? sapa? bila tiba bab ni je kita dah rasa yg ada yg 'tak betul' tentang diri kita sendiri..tapi manusia sentiasa nak mengaku yg dia betul...lebih-lebih lagi bila mereka ada kuasa, pangkat...dan wang. ini bukan kebetulan...ini memang hakikat. jadi sentiasalah pikirkan yg kita tak betul supaya kita sentiasa pula berfikir camana nak betulkan diri kita tu...


wassalam,
nahmy (yg tak betul)

Thursday, March 27, 2014

hari ni aku sedih dari biasa...

mungkin ada yg terbaca...atau ada yg dah tahu berkenaan 529 orang ahli ikhwanul muslimin dan penyokong Dr Morsi yg telah dijatuhkan hukuman mati. aku tak dapat berjuang seperti mereka tapi aku sentiasa berdoa akan dipermudahkan segala perjuangan mereka. mereka berjuang hanya untuk mendaulatkan agama Allah...mengembang dan menjadikan agama Allah terpasak jitu di muka bumi negara mereka khususnya. mereka berjuang kerana Allah. mereka menggunakan jalan demokrasi...kemenangan mereka adalah pilihan rakyat negara mereka sendiri.

aku tak pasti kat mana salahnya mereka. tapi memang perjuangan menegakkan agama Allah penuh dgn cabaran, ujian dan halangan. dan begitu juga mereka yg terpaksa membayar harga perjuangan mereka dgn nyawa mereka sendiri. dan hakikatnya...mengorbankan nyawa mereka sendiri adalah pergorbanan paling tinggi mereka hanya kerana Allah. dan hanya Allah-lah sahaja yg membalasnya...dengan menempatkan roh mereka bersama roh para syuhada..para solihin dan muqarrobbin. tempat mereka di 'sana' pastinya tempat yg paling terbaik.

kemenangan yg dipilih rakyat telah di nafikan oleh puak-puak perampas kuasa (hanya kerana mereka ada senjata). kemudian puak perampas memaksa rakyat mengiktiraf pula mereka bahawa merekalah pemerintah yg 'betul'. lawak bangang namanya tu. menyuruh orang lain tunduk akur dan bersetuju dgn mereka dgn meletak pisau di leher orang lain tersebut adalah satu tindakan paling bangang...paling biol dan paling bodoh! ia tidak sepatutnya berlaku di dunia moden yg semakin maju, dengan rakyat yg semakin matang dan berpendidikan seperti sekarang. tapi itulah namanya...'dunia yg dah semakin TENAT'.

"sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Qur'an. dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung" At-Taubah 111.

kepada 529 para syuhada...'semoga kalian tenang dan aman di 'sana' bersama rahmat-Nya...amin.


wassalam,
nahmy.

Monday, March 24, 2014

takziah...(jika berita ini benar)

baru sebentar tadi seluruh Malaysia atau mungkin seluruh dunia dah dengar PM kita punya pengemuman berkenaan MH370. di kesan menggunakan kaedah teknologi yg paling terkini bahawa MH370 telah terbang di sepanjang Selatan Lautan Hindi dan penerbangannya juga berakhir di situ. namun esok ada satu lagi sidang akhbar yg akan di buat dan mungkin penerangan yg lebih terperinci akan di umumkan.

sekiranya benar apa yg PM cakap maka aku hanya dapat memberikan ucapan takziah kepada keluarga penumpang MH370. sabar...bertenang dan kuatkan semangat. kalau aku nak kata yg aku paham apa yg mereka rasa...pastinya aku menipu. aku tidak pernah merasa diuji sehebat ini. dan aku rasa aku tidak akan jadi setabah mereka jika ujian seperti ini menimpa diri aku. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

kita semua sememang terkejut dgn apa yg berlaku kpd MH370 seawal hari pertama kehilangannya. kita membuat tafsiran yg pelbagai. kita mengandai mengikut tahap fikiran kita. kita berbincang...berdiskusi...berspekulasi. kita guna segala yg kita ada...dari segi teknologi dan sebagainya. namun kita jgn lupa Allah sudah menetapkan yg ianya sebegini. mari kita ambil iktibar...kita renung...dan kita istighfar. walau sukar untuk dipikirkan tetapi setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...dan Dia lah yg maha mengetahui.


wassalam,
nahmy.

Friday, March 21, 2014

kalau 'kilang selipar'...tak boleh ke??

tak paham aku...kenapa mesti 'kilang biskut'?...kenapa tak kilang roti...kilang tepung...atau kilang beras ke. apa signifikannya kilang biskut tu..haa..'aa..kenalah anda menontonnya. aku mungkin tak kot...sebab bila dah tonton zombi kilang biskut ni aku khuatir aku akan jadi susah makan biskut. sedangkan biskut adalah antara makanan kegemaran ku ketika poket nipis...heh!

aku paham citer-citer zombi yg terdahulu begitu berjaya mengutip jutaan ringgit. berjaya ditonton oleh banyak lapisan masyarakat...cuma aku tak paham bila zombi yg terdahulu berjaya maka kena juga ke buat filem zombi? entah le. mungkin ikut style mat saleh kot...macam die hard tu dah sampai die hard 5 sekarang ni atau macam citer superman tu. mungkin aku ni naif pasal industri filem ni tapi aku rasa la kan...orang yg tengok citer zombie dulu tu yg akan tengok zombi yg terbaru ni (well...mungkin aku silap), jadi macamana dgn orang 'baru'...penonton baru ( yg tak pernah tengok citer zombi yg dulu tu)?

pada aku la kan...kalau nak buat juga filem zombi...cubalah cari tajuk yg 'membina' sikit, jalan citer juga ada elemen membina dan mendidik...dan gunakan teknologi terbaru untuk menunjukkan taraf zombi yg terbaru telah meningkat dari taraf yg terdahulu ( again...this is just my two cent words). aku tengok citer zombi world war Z tu (lakonan Brad Pitt tu)..dan bukan aku nak puji geng-geng mat saleh (regardless of the fund & technology) tapi elemen saintifik..membina minda masih ada dalam filem tu. ia tidak dilihat seperti nak jadikan penonton jadi kurang cerdik. tapi apapun...tepuk dada tanya seleralah...cakap lebih-lebih nanti marah plak geng-geng minat zombi melayu kat aku....hermmm...

wassalam,
nahmy