assalamualaikum...
malam ni adalah malam ke 23 Ramadhan. surau dan masjid makin kurang jemaahnya. tempat-tempat jualan barang-barang raya semakin ramai pulak jemaahnya. biasala tu kan?
tahun ni aku ada cadangkan pada org rumah tak payah susah-susah bab kuih raya ni. kita beli je kat mydin. muruku ke atau biskut-biskut atau kuih raya segera. rumah kitaorg tu jauh...kalau tetamu sampai diorng tak heran dgn kuih raya yg kering-kering tu. diaorng suka kalau ada benda makan yg
heavy sikit cam laksa pahang ke, nasi impit dgn rendang ke, lemang dgn serunding daging ke...atau paling koman pun maggi goreng.
ini hanyalah gambar hiasan
tak kan sampai dr jauh nak makan kuih tart 2-3 biji? memang diorang tak heran pun. jadi kat rumah kitaorng kenalah kita simpan stok meehun ke, stok maggi ke, muratabak sejukbeku ke dan sebagainya. itu cadangan aku. dan isteri pun rasa setuju tu. sbb kita mmg tak siapkan apa-apa bab kuih raya tapi kita buat stok makanan
heavy tu je...itupun masih dalam lingkungan ala-kadar je. ada wang adalah stok...camtu je.
alhamdulillah...rasa dgn cadangan bernas dr aku tu maka insyaAllah selesailah isu bab nak menjamu tetamu nanti. sekarang yang masih belum selesai ialah bab nak balik kampung. perancangan tu mmg dah ada...tapi bab
budget tu tak selesai lagi. klu bebudak yg datang rumah org tua aku dan rumah mertua tu tak kisah dgn 'duit syiling' memang dah lama selesai bab balik kampung ni. tapi bebudak tu skrg spesis yg dah tahu 'demand'...tak mahu dah duit besi tu lagi.
tapi takpe la itu semua citer raya dan raya jauh lagi...yg penting matlamat lailatul Qadr perlu dicari.
so, aku rasa cam belum lagi malam Qadr tu. atau ada yg dah menemuinya? klu belum jumpa maka kena pulun kita
start malam ni hingga akhir Ramadhan utk mencarinya dan semoga kita semua menemuinya...insyaAllah.